CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1224|Reply: 11

[Tempatan] Kanak-kanak parah dalam kemalangan Sabtu lalu meninggal

[Copy link]
Post time 19-7-2018 03:29 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang parah dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan meragut empat nyawa di Kilometer 445 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Rawang, Selangor, Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa, Ezzudin Noorakihirludin Alam, 10, disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 pagi tadi.
"Doktor yang merawat mangsa memaklumkan otak mangsa tidak berfungsi dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 pagi tadi, jenazah mangsa sudah dituntut oleh ahli keluarganya pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Fakhruddin Mohd Idrus, 27, berkata, jenazah Ezzudin dibawa ke kampung halaman bapanya, Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48, yang turut maut dalam kemalangan itu di Kampung Sama Gajah, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk dikebumikan.
"Jenazah Ezzudin dimandikan dan disembahyangkan di surau Hospital Sungai Buloh sebelum dibawa balik ke Permatang Pauh.
"Jenazahnya kini sedang dalam perjalanan ke Kampung Sama Gajah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sama Gagah sebaik dijangka tiba ke sana selepas Asar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ezzudin antara lima yang maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu yang membabitkan sebuah treler tanpa muatan dengan kereta Perodua Myvi, kereta Nissan Almera, MPV Perodua Alza, MPV Toyota Vellfire, kereta BMW dan bas ekspres.
Mereka yang maut adalah pemandu MPV Toyota Vellfire, pemandu MPV Alza dan dua penumpang kenderaannya iaitu Noorakhirludin Alam, Nur Fitrah Rosman, 24, Nurbaya Mohd Zaki, 24 dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, 24. Semua disahkan maut di lokasi kejadian.
Difahamkan kemalangan berlaku apabila treler berkenaan yang menghala ke utara merempuh kereta Perodua Myvi dan melanggar kereta Nissan Almera.
Akibat pelanggaran itu, treler terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas ekspres.
MPV Perodua Alza, MPV Toyota Vellfire dan kereta BMW yang berada di laluan dari arah utara menghala ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak lalu melanggar treler berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2018 03:32 PM | Show all posts
Takziah buat family arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:34 PM | Show all posts
Innnalillahiwainna ilaihirojiunnnn. Kesian emaknya...ya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:38 PM | Show all posts
takziah                     
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:45 PM | Show all posts
kasihannya.. takziah buat keluarga mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:47 PM | Show all posts
Inalillah...Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tindakan pada pemandu treler tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:53 PM | Show all posts
Innalillah, salam takziah buat family arwah. Semoga diberi segala ketabahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. ..begitu kuat impak sampai pemandu kereta kukuh macam vellfire pun maut. ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah langgar kete lain..
Pastu masuk lorong sebelahnya..langgar laginkete lain..
Moga dpt cash buat pemandu treler tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 04:40 PM | Show all posts
Innalillah.. sedihnya..

semoga keluarganya tabah dengan
kehilangan orang2 tersayang..

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 04:44 PM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Selamat Bersara Tan Sri!
tumpanglalu74Selamat Bersara Tan Sri!
Views : 1195 Replies : 23
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 275505 Replies : 1505
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 46042 Replies : 2608
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 6532 Replies : 79
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 737 Replies : 59
EV pertama Perodua sepi sambutan hanya 20 unit berdaftar.Kesian
YgBenarEV pertama Perodua sepi sambutan hanya 2
Views : 911 Replies : 22
[Disney+ 2026] THE REMARRIED EMPRESS ~ Shin Min A, Lee Jong Suk, Ju Ji Hoon, Lee Se Young ~ Coming Soon
Rahah[Disney+ 2026] THE REMARRIED EMPRESS ~ S
Views : 541 Replies : 19
Imigresen gempur koloni haram PATI di lebuh raya tengah KL
AbahmungImigresen gempur koloni haram PATI di le
Views : 444 Replies : 15
Kajian Institut Melbourne mendedahkan pekerja berusia 40 tahun ke atas memerlukan cuti empat hari seminggu untuk kekal produktif.Anda setuju?
YgBenarKajian Institut Melbourne mendedahkan pe
Views : 242 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 350455 Replies : 3515

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.246974 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list