View: 2033|Reply: 10
|
2 Langkah Mudah Daftar Haji Guna Simpanan KWSP Je!
[Copy link]
|
|
Nak tunaikan haji, tetapi kekangan wang dan tanggungjawab yang belum selesai menyebabkan hasrat terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu?
Di sini kami ingin berkongsikan satu info berguna bagi anda yang belum cukup wang untuk mendaftar haji. Ikuti dua langkah mudah ini seperti dikongsikan pemilik akaun senawangtv di Twitter.
Foto: Twitter Senawangtv
1. Cetak penyata KWSP terkini dan salinan kad pengenalan. Bawa kedua-dua dokumen tersebut ke Tabung Haji terdekat.
2. Kemudian, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin mendaftar haji menggunakan akaun simpanan KWSP.
Sebelum itu, pastikan anda memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan untuk mendaftar haji menggunakan simpanan KWSP.
1. Simpanan KWSP di dalam akaun 1 telah mencecah RM1300 atau lebih.
2. Umur ketika mendaftar haji adalah di bawah 55 tahun.
3. Sudah membuka akaun di tabung haji. Jika tidak, boleh mendaftar dengan bayaran serendah RM10.
4. Hanya pemilik akaun KSWP sahaja boleh mendaftar haji menggunakan akaun tersebut. Ahli keluarga termasuk isteri, ibu atau anak tidak dibenarkan.
Tabung haji juga tidak akan mengeluarkan wang pendaftaran haji berjumlah RM1300 dari akaun 1 selagi anda tidak mendapat giliran mengerjakan haji. Selain itu, wang sebanyak RM3000 juga boleh dikeluarkan daripada akaun 2 untuk kegunaan ketika menunaikan haji.
Mudahnya mendaftar haji! Selepas ini tiada alasan lagi. Bagi yang sedang membuat persediaan ke sana untuk musim ini, semoga urusan anda dipermudahkan di tanah suci nanti. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Haah cek daftar pakai kwsp...tu pun mak yg tlg daftarkan...depa kat penang cek dalam reta tgh drive...benti jap rnr nak prinskrin statement kwsp bagai...after few minutes, registered d...amazing! |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh bagusnya. Nak daftar lah. Queue sekarang berapa tahun agaknya ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, ingat kan perkara ni telah lama diketahui? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga senang dpt panggilan haji nnt |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah bertahun2 dulu ke boleh daftar guna simpanan KWSP ni? akak dah daftar lama dah cuma tak dipanggil aje... tiap2 6 bulan hantar rayuan... masih belum ada rezeki dipanggil... |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih..lama dah la baru tau ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
50tahun ! Kalau daftar hari ni, giliran anda : tahun 2068
|
|
|
|
|
|
|
|
dah daftar. giliran aku masa umur pun dah sendu. tah sempat ke idok |
|
|
|
|
|
|
| |
|