“Pendekatan sekarang kena samseng sikit.
Tak perlu dah lembut-lembut, tegur saja secara terus."
Pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian ke-65.
Kredit foto: Sinar Harian
Memetik Sinar Harian, walaupun bahasa sopan menunjukkan UMNO bertamadun, namun Dr Ramlah menegaskan parti itu perlu berani membangkang dengan lantang memandangkan kerajaan baru terpalit dengan pelbagai isu, terutama janji 100 Hari.
“Gunakan isu yang ada sekarang untuk bangkang dan bangkitkan UMNO. Kerja UMNO sekarang adalah bangkang. Ada banyak isu boleh bangkang.
“Puteri dan Wanita misalnya, boleh tegur janji 100 Hari kerajaan. Beri kenyataan pedas-pedas. Yang lantang, Datuk Lokman Noor Adam saja. Yang lain tiada," katanya. - CARI |