View: 3183|Reply: 1
|
Ruginya Selama Ni Tak Tahu, Ini Benda Syok Boleh Buat Di Hin Bus Depot Pulau Pin
[Copy link]
|
|
Dibina pada tahun 1947, Hin Bus Depot sebelum ini merupakan sebuah depot untuk "bas biru" yang digunakan untuk laluan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang. Apabila syarikat bas ini ditutup, depot dibiarkan kosong selama bertahun-tahun sehingga dibeli oleh sebuah syarikat.
Tidak lama kemudian Ernest Zacharevic, seorang artis yang terkenal dengan lukisan mural yang terkenal di sekeliling Georgetown memutuskan untuk menggunakan ruang yang ditinggalkan ini untuk pameran solonya. 5 tahun kemudian depot ini dibangunkan dan wujudlah galeri pameran (dari arca ke fotografi), sebuah pasar seni setiap hari Ahad, dan penyiaran filem-filem seni dan dokumentari pada setiap ari Selasa.
Foto:penangfoodie.com
Apa je boleh buat di sini? Nah tengok sendiri
1. Pop-up Market (Setiap Ahad)
Foto:penangfoodie.com
Setiap hari Ahad Hin Bus Depot akan diwarnai dengan gerai-gerai yang menjual makanan home made, T-shirt, cenderahati, barang perhiasan diri dan banyak lagi. Suasana hujung minggu anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi jalanan.
Bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang, anda pasti puas dengan lawatan anda ke Hin Bus Depot pada hari Ahad!
2. Pameran Seni & Mural
Foto:penangfoodie.com
Dinding-dinding bangunan Hin Bus Depot yang kosong dan sepi telah diwarnai dan dihiasi oleh artis-artis tempatan dan juga luar negara. Anda boleh berjalan-jalan di kawasan ini sambil bergambar dengan mural atau hasil seni kegemaran anda.
Galeri di Hin Bus Depot dibuka dari pukul 12 tengahari sehingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pada pukul 11 pagi hingga 8 malam setiap Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma!
3. Arena luncur
Foto:penangfoodie.com
Di suatu bahagian terdapat arena untuk peluncur papan selaju berlatih atau mempamerkan aksi mereka.Jenama antarabangsa VANs turut terlibat dalam menjayakan tempat ini.
Anda juga boleh bawa papan luncur anda di sini!
4.Menghirup secangkir kopi Briklin Cafe & Bar
Foto:penangfoodie.com
Jika anda tercari-cari tempat untuk minum kopi selepas makan tengah hari, inilah tempat yang sesuai! Terletak di suatu sudut,Bricklin Bar Cafe mempunyai suasana yang sempurna bagi anda untuk bersantai dan menikmati cahaya matahari yang menyusup masuk melalui tingkap kaca sambil menghirup secawan kopi dan membaca buku kegemaran anda!
5. Menikmati Juadah di Kitchen Chemistry
Foto:penangfoodie.com
Mac N Cheese atau Nasi Lemak? Walau apa pun pilihan anak tekak anda, Kitchen Chemistry boleh menyajikannya. Mereka menawarkan juadah oriental, barat dan juga pencuci mulut yang beraneka untuk memenuhi selera anda.
Harga yang ditawarkan berpatutan dan ulasan pelanggan setakat ini positif-positif belaka. Parti hari jadi atau apa sahaja keraian turut boleh diadakan di sini.
Dah terpengaruh nak pergi Pulau Pinang? Tunggu apa lagi, mai la Penang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Suka bila ada art class. Sometimes classes are free |
|
|
|
|
|
|
| |
|