Sungguh tidak disangka, seorang pemimpin UMNO tergamak membuat kenyataan menghina berhubung kematian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng.
Kredit foto: Kosmo!/BH Online
Susulan itu, Khairy Jamaluddin menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengecam kenyataan yang dibuat Razlan Rafii.
Kredit foto: Twitter
"residen parti Zahid Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku.
"Rakyat menolak parti ini kerana terdapat individu yang membuat kenyataan atau melakukan perkara tidak betul.
"(Zahid) mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengecam," kata Khairy menerusi laman Twitternya.
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu membuat kenyataan berbaur sindiran dan hinaan terhadap kematian Ng yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Kredit foto: Twitter
Razlan, bagaimanapun berkata kepada MalaysiaKini bahawa dia tiada niat menghina mendiang, sebaliknya dia juga mahu menyampaikan ucapan takziah sama seperti orang lain.
"Sebenarnya, saya menyampaikan ucapan takziah sama seperti orang lain. Saya tidak berniat untuk menghina mendiang dan berharap Ng bersemadi dengan aman," katanya. - CARI |