Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3774
View
6
Reply

Pengalaman seram di USM

[Copy link]

Author: foxneo       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-7-2018 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Salam, aku nak share kisah seram aku yang paling latest, yang bagi impak jugak la dekat aku. selama ni aku dengar cerita je dari orang lain, ini kali kena dekat diri sendiri. kisah dia macamni. tahun pertama aku dapat duduk hostel kat luar kampus iaitu Tekun. budak usm tahu la nama-nama hostel ni. tahun pertama biasa la dengar orang gelak gelak tengah malam dekat area toilet tu. tapi lari lintang pukang jugak la aku dengan kawan aku.

sampai la ke tahun akhir iaitu tahun ini, level seram dan kena kacau makin mencabar, oh aku pelajar part time. tahun ni aku dapat duduk kat area dalam kampus. fajar harapan. kalau lepas pukul 8 je memang seram lah dengan sunyi dan pokok besar besar. parking jauh, kalau jalan nak menuju ke hotel tu memang meremang bulu tengkuk. rasa macam kena perhati.

cerita dia start dari minggu pertama. ade satu hari tu tengah malam aku dengar suara perempuan menangis. aku terbangun pastu aku tengok member aku tengah tidur. aku tunggu so suara tu bukan suara kawan aku. bilik aku hujung sekali tepi tangga dan ada tingkap. haaaa memang takla aku nak bangun dan tengok tingkap tu kan. lama jugak la 'dia' nangis. mendayu je bunyi. so aku tido la balik, esok nya aku tak tanya kawan aku tu. lusanya kawan aku tetiba tanya aku, 'eh ko nangis ke semalam? ahh sudah memang bukan aku sorang la yang kena. lepas tu aku kata alamak, kelmarin pun aku dengar suara orang nangis. apa lagi memang seminggu tidur tak tutup lampu lah.

dan yang paling best, seminggu sebelum balik, bila bangun tidur macam biasalah main handphone lepas tu aku tengok kawan aku tengah tidur lagi mengiring menghadap dinding, bilik hostel dekat sini bukan double decker yah, katil single kiri dan kanan dinding.so kiri aku dinding and kawan aku belah kanan aku la dekat dinding sana. so aku buat bodoh la pikir ape nak makan untuk lunch bla bla. lepas tu dalam setengah jam macamtu tetiba pintu bilik ada orang buka dan aku cuak la sapa pulak salah masuk bilik ni, bila aku tengok sapa yang baru masuk tu rupanya tu kawan aku! aku macam blur kejap dan pada masa yang sama cuak nak mampos. lepas tu aku tengok katil kawan aku "dia' dah takda kat situ. korang paham tak perasaan yang kalau la aku kejut 'dia' tu and dia pusing apela yang akan aku nampak. time tu sumpah aku terdiam. selama ni aku dengar cerita je. bila kena kat diri sendiri baru tahu perasaan dia macamna. perasaan macam f**k sial benda ni betul. sape yang penah belajar kat usm pernah kena tak macam aku kena?

Related collections:

  • · hhh|Threads: 2, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-7-2018 01:49 AM | Show all posts
sebaek 'dia' tak berpusing weih...  seram cite ko...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
haha biasa la tu dik...mana2 u pun sama je..hati kena kental..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in, so far I yang Kesit ni takda pengalaman seram.
Cuma kadang- kadang biasalah kan ada bunyi guli tu ja lah.
So far alhamdulillah Desasiswa Yg I duduk takda pelik2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 22-7-2018 09:10 AM
Check in, so far I yang Kesit ni takda pengalaman seram.
Cuma kadang- kadang biasalah kan ada bunyi ...

Murni ke nurani??
LOL
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 22-7-2018 06:36 PM
Murni ke nurani??
LOL

Kiki. Murnians forever.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:52 AM | Show all posts
desasiswa kat usm kampus induk memg mcm2 citer
aku dulu kat kampus engineering

plg cuak kalau balik malam2 lepas study kat library atau ade kelas malam
nak lalu susur dr school balik hostel
kiri kanan kelapa sawit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list