CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1072|Reply: 3

[Tempatan] SOSMA akan dimansuhkan - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 23-7-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KERAJAAN akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi memberi keadilan kepada rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil supaya setiap kesalahan yang dibuat, ditentukan pihak mahkamah.

Beliau berkata, ada undang-undang di negara ini yang menekan dan bersifat zalim kepada rakyat diperkenalkan ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“SOSMA membolehkan kerajaan tangkap sesiapa sahaja tanpa dibawa ke mahkamah.

“Pakatan Harapan akan ikut undang-undang. Ada undang-undang negara ini kita kuatkuasakan supaya rakyat tak ditindas dengan kerajaan yang tak peduli dengan undang-undang negara.

“Tak macam Najib. Jika tahanan mati, tidak akan ada inkuiri,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Kempen Tabung Harapan Malaysia, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali; Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Terdahulu, majlis berkenaan yang dianjurkan Gabungan Persatuan Cina menyerahkan replika cek berjumlah RM3,479,100 kepada Tabung Harapan.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, ketika pentadbiran negara diambil alih PH, kerajaan baharu mendapati kerosakan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) jauh lebih besar daripada yang dijangkakan.

Katanya, kerosakan terhadap negara jauh lebih teruk daripada apa yang disyaki kerana bukan hanya wang yang hilang, malah jentera negara juga sudah disabotaj.

“Jadi kami terpaksa mengambil tindakan dengan memecat beberapa pegawai yang terbabit mempertahankan kerajaan terdahulu.

“Mereka beri kerosakan besar pada negara. Jadi untuk memulihkan semula, kerajaan sekarang memerlukan masa.

“Sekarang, dia pula kata jangan ambil tindakan terhadap usaha kerana BN,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu dengan adanya sokongan dari rakyat.

“Malam ini jelas yang hadir untuk derma kepada Tabung Harapan. Walaupun kita dapat hanya beberapa juta, tetapi yang penting kesanggupan rakyat demi negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 11:37 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 07:26 AM | Show all posts
welcome ISA
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 08:34 AM | Show all posts
ISA timbul semua...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Welkam ISA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052871 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list