Histeria menyerang buat kali ketiga dan kali ini seramai 30 orang pelajar pula menjadi mangsa.
Astro Awani melaporkan kejadian pada pukul 10 pagi yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh itu bermula dengan seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang menjert dan meracau dengan tiba-tiba selepas mendakwa terlihat kelibat di dalam kelas.
Seorang guru wanita di sekolah itu mendakwa, “Pada mulanya, keadaan itu dikendalikan doktor, pembantu perubatan dan jururawat yang kebetulan berada di sekolah kerana mengendalikan sesi kaunseling.
“Histeria bagaimanapun merebak pula kepada pelajar lain sehingga 30 pelajar perempuan menyebabkan beberapa ustaz dipanggil untuk membantu.”
Foto: Astro Awani
Keadaan kembali terkawal pada jam 12 tengah hari dan mereka dibenarkan pulang.
“Histeria kali ini menyerang pelajar sama dan ada juga merebak kepada pelajar yang baru, namun tidak membabitkan guru kerana kami ketika itu sedang ditemu bual pihak JPN (Jabatan Pendidikan Kelantan).”
Sebelum ini pada Rabu, sesi persekolahan tamat awal selepas 39 pelajar; dua guru, seorang pembantu makmal dan seorang pelajar lelaki diserang histeria.
Seorang pelajar Tingkatan 3 yang menjadi mangsa berkata dia melihat kelibat hitam berlegar-legar di belakang sebuah kelas di tingkat dua bangunan berkenaan.
"Saya berasa takut sebelum tidak sedarkan diri. Apabila sedarkan diri saya sudah berada di surau sebelum bapa saya ambil dari sekolah dan bawa pulang." -CARI
Post time 23-7-2018 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekolah sama yang nak minta pengetua ditukarkan tu kan
KOTA BHARU - Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini menaikkan sepanduk di dalam kawasan sekolah berkenaan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan agar menukarkan pengetua sekolah itu.
Seorang guru wanita sekolah berkenaan berkata, suasana persekolahan di sekolah berkenaan berada dalam keadaan dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah serta pelajar-pelajar menyatakan tertekan untuk bekerja dan belajar.
Post time 23-7-2018 11:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 23-7-2018 06:05 PM
Mana lagi takut. ..kelibat hitam atau kelibat putih...
Hitam biasanya jahat kaka Noor. Yang putih tu ok sikit. Kengkadang tak kacau orang pun.
Stoden ai pernah jah nampak hantu pompuan pakai baju putih/pontianak berdiri tegak kat tepi pintu tandas. But sheol rilek masuk tandas, kencing, kuar, then balik bilik asrama. Guess what, pontianak tu dok dendiam je, tunduk tengok bawah, tunjuk muka pon idok. Hapa lagi nak kejar sheol.
But if nampak or rasa presence hantu iblis hitam tu bersedia saja la diganggu kaw2. Srodens ai yang hada third eye ni kata yang hitam ni la jahat2 kuat kacau orang.
Post time 23-7-2018 11:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pelajar ni tertekan nak ambik exam tak lama lagi kot. Mungkin masih tak bersedia dgn keadaan sek yg agak kucar kacir tu. Samalah dgn cikgu cikgi kat situ jugak.
Lembaga hitam ka segala jenis hantu tu ekceli penampakan biasa di sekolah2. If korang jenis mata 'terang', siang2 ka tengahari buta pon korang boleh nampak entiti ni berlegar2 di kawasan sekolah (macam bulan posa rituh dua orang serentak nampak lembaga hitam dalam bilik ustaz yang patutnya tak berorang masa tengahari). But untok satu sekolah diganggu itu memang luar biasa. Kesah la korang nak skeptikal, akak tohtap pircaya eleman mistik memang wujud dalam kes di sekolah ini.
Post time 24-7-2018 03:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mr_cool5885 at 24-7-2018 03:04 AM
Dementor? Ade prisoner of d azkaban yg escape kah?
Taim sekolah menengah dulu, ade bdk perempuan ni selalu kena histeria. Then 1 day, cikgu tu suruh dia minum 1 air dlm botol. Tapi air tu warna hitam. Dia siap tanya lagi air ape. Cikgu tu cakap ni air bekas rendaman sepender. Terus dia xnak minum. Then dandan dah elok histeria tu. So kantoi she olls buat2 utk get attention.
Since that day xkene histeria dh.
But utk sekolah dlm berite ni maybe betullah kut sebab cikgu & pembantu makmal pun kena skali.