|
|
Lama dah tak dengar kontroversi yang melibatkan Boy Iman.
Baru-baru ini namnya disebut lagi disebabkan gambar yang dimuat naik di instagram.
Amboi, berpeluk sakan dengan Ifa Raziah.
Menurut kapsyen yang ditulis, Boy menyatakan dia menganggap Ifa Raziah sebagai seorang kakak.
Rata-rata netizen kurang senang dengan perbuatan tersebut memandangkan Ifa Raziah berstatus isteri orang.
Suka hati je nak berpeluk, kata mereka.
Tambah Boy lagi, dia memeluk Ifa Raziah untuk menunjukkan betapa langsingnya penyanyi itu sekarang.
Apa pun benar kata netizen. Walau apa pun alasannya, yang haram tetap haram.
Harap lepas ini lebih berhati-hati la ya sebelum muat naik apa-apa gambar di media sosial. -CARI
|
|