Jika sebelum ini Singapura begitu popular dengan Universal Studionya kini Singapore Zoo Luminous Night Walk menjadi lagi satu tempat yang menarik yang wajib anda kunjungi jika bertandang ke negara ini.
Foto: FB @JBackPackTravel
Foto: FB @JBackPackTravel
Zoo ini menempatkan banyak haiwan liar, dibuka pada waktu pagi dan ditutup pada sebelah malam. Ia mula dibuka kepada para pengunjung bermula pada 1 Julai 2018 yang lepas.
Foto: FB @JBackPackTravel
Foto: FB @JBackPackTravel
Foto: FB @JBackPackTravel
Foto: FB @JBackPackTravel
Kelainan zoo ini terserlah apabila tibanya waktu malam. Zoo yang berhutan rimba bertukar menjadi satu taman yang dilimpahi cahaya yang pasti memukau para pengunjung yang datang.
Penghasilah hutan yang bercahaya adalah gabungan dari teknologi pencahayaan Hutan Hujan Lamina dan juga lagu medley yang luar biasa yang dihasilkan oleh pihak zoo dan Wildlife Reserve Singapore (WRS) bagi menghasilkan suasana luar biasa itu.
Foto: FB @JBackPackTravel
Di zoo ini, anda bakal dihidangkan dengan pengembaraan hutan yang melaui 10 zon interaktif seperti Call of the Wild, Shimmering Islands, dan Wall of Fame yang sangat berbeza dan ianya bagaikan magis. Sudah pasti anda bakal teruja!
Selain zon-zon yang interaktif, terdapat juga adiwira-adiwira (krew zoo) yang menjemput anda ke pengembaraan aneh mereka. Pasti anak-anak anda bakal teruja bila melihat adiwira-adiwira yang mereka minati.
Foto: FB @JBackPackTravel
Foto: FB @JBackPackTravel
Sudah pasti, pengalaman yang mengujakan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, jangan lupa untuk membawa keluarga anda kesini ya. Tiket masuk ke zoo ini ialah S$20 (RM59). Nampak menarik kan? - CARI |