Aiman Tino memang kecil molek orangnya. Kata orang tak padan dengan umurnya yang sudah 20 tahun. Namun, itu masih tak mengapa.
Tetapi, apabila ada yang bertanyakan ketinggian Aiman di media sosial diiringi komen-komen netizen yang seolah mempersendakan bentuk fizikalnya, ia sudah dikira buli siber.
Kredit foto: Twitter
Membandingkan ketinggian Aiman dengan diri masing-masing bukanlah satu perkara yang harus dibanggakan. Tetapi ramai juga yang galak memberi komen, ada yang siap memfokuskan pada seluar Aiman lagi sebagai bahan jenaka.
Bagaimanapun, ada juga yang membela Aiman, maklumlah Akim dan Nabil memang tinggi pun, cuma ...
Kredit foto: Carian Internet
Apabila laman media sosial berada di hujung jari, ramai pula yang merasakan mereka boleh menulis apa sahaja. Mungkin ada benda yang boleh dibuat gurauan tetapi bukanlah bentuk fizikal yang sudah dianugerahkan Ilahi kepada setiap individu.
Jika Aiman tidak terhina dengan 'gurauan' tersebut, mungkin tidak apa, tetapi jika dia berkecil hati, maka menjadi tanggung jawab orang berkenaan memohon maaf. Janganlah sampai undang-undang yang membetulkan akhlak kita. - CARI |