CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3354|Reply: 26

Mulai 1 Januari 2019, Semua Premis Kerajaan Dikehendaki Sediakan Taska

[Copy link]
Post time 24-7-2018 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Bagi memberikan kemudahan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil terutamanya staf yang bekerja mengikut syif, semua agensi kerajaan dikehendaki menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) di premis mereka.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Astro Awani, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM), Datuk Seri Dr Wan Azizah memaklumkan kerajaan mensasarkan perlaksanaannya mulai 1 Januari tahun hadapan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Rantau Panjang iaitu Siti Zailah Mohd Yusoff yang ingin mengetahui langkah kementerian dalam mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak di sidang Dewan Rakyat pagi tadi.




kredit foto: carian internet



Tambah beliau, satu kerjasama turut akan diadakan antara kementeriannya dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan taska di sekolah-sekolah kebangsaan bagi kemudahan guru-guru wanita.


Selain itu, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.


“Jawatankuasa ini akan mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku yang berkaitan." - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 04:14 PM | Show all posts
alaaa..nak apply la keje gomen
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke ni...kalau betul...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mission impossible bermula
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak apply utk jabatan dulu, macam2 kena buat. Kalau dlm jabatan, kena tgk plan sesuai ke tak. Approval dari bomba, JKM etc. Kena ada sijil itu ini

Blom lagi cari manpower. Last2 krik2.

Harap pasni approval cepat tak banyak songeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:59 PM | Show all posts
kebanyakan bangunan kerajaan dekat putrajaya dah buat. agensi2 kerajaan lain pun mmg ada sediakan taska, tapi masalahnya takde la cukup untuk tampung semua anak2 government staff ni. siapa cepat dapat la masukkan anak dekat taska bawah opis. siapa yg lambat daftar tu terpaksa cari pengasuh la, taska luar la, taska jauh drpd tempat kerja la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaaaaaa
Jgn makin byk ngulat alasan jenguk anak sudahlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah dgn taska kerajaan ni asyik penuh je. Baik tak payah buat kalau asyik penuh. Kira la dulu berapa staff kat jabatan tu, check berapa anak satu family sebelum laksanakan. Tak adil sape yg lambat tak dpt masuk taska tu. Patut semua staff la dpt kelebihan yg sama. Kalau dah penuh nak membayar taska mahal2 org lain dpt taska murah kan tak adil. Pelaksanaan tu bagi praktikal sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah dgn taska kerajaan ni asyik penuh je. Baik tak payah buat kalau asyik penuh. Kira la dulu berapa staff kat jabatan tu, check berapa anak satu family sebelum laksanakan. Tak adil sape yg lambat tak dpt masuk taska tu. Patut semua staff la dpt kelebihan yg sama. Kalau dah penuh nak membayar taska mahal2 org lain dpt taska murah kan tak adil. Pelaksanaan tu bagi praktikal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni staff kerajaan boleh beranak tiap2 taun ke cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu xde sumber kewangan..cas la lebih sikit upah tu..biar leh hidup taska ni..
Wajibkan psg CCTV skali..kos CCTV skrg dh murah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:49 AM | Show all posts
wajibkan kat utk swasta sekali, especially company besar2 tu..kalau setakat firma guaman pekerja 3 orang je, takyah la..

takpun wajibkan kat satu2 business center perlu ada taska di kawal selia oleh gomen..
masa ni lah kementerian kebajikan, kementerian hal ehwal wanita bergabung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
It's about time, in fact building office pun patut nya ada reserve space untuk buat nursery taska bagai
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:13 AM | Show all posts
wajib ke anta anak kt taska jabatan ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku duk pikir pasal isu ni..kalau kije kt sepital penyakit berjangkit cm aku ni mcm xreleven je nk wujudkan taska kt area jabatan..sama jugak xdpt laksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:17 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 25-7-2018 02:31 AM
Lps ni staff kerajaan boleh beranak tiap2 taun ke cemana?

staff kerajaan dah lama boleh beranak ramai2. ko aje tak tahu.
cuti tahunan byk.
cuti khas ada. - cuti kuarantine akibat penyakit berjangkit.
cuti tanpa gaji utk sebab2 khas pun ada.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2018 01:32 PM | Show all posts
Edited by Hana at 25-7-2018 01:34 PM
LipasComel replied at 24-7-2018 04:59 PM
kebanyakan bangunan kerajaan dekat putrajaya dah buat. agensi2 kerajaan lain pun mmg ada sediakan ta ...

biras aku ckp, mmg dah ada tapi utk staff sokongan. pegawai susah sket. ini utk toodler blum tadika.

menurut dia lagi, ada tadika link dgn kementerian. so bayar murah. per mth dlm rm250 (kalau tak salah aku la)  tadika + daycare=sampai ofis hour
aku khayal sket masa dia sebut harga tu sbb aku terbayang harga separuh jimat dari aku hantar tadika anak aku full day.

patut le anak dia 3 orang before age dia 30thn. so, aku bayangkan dia boleh tambah lagi 2-3 before 40thn.
so, sorry la kalau aku tulis salah pasal harga tu. kot2 ada staff kerajaan diputrajaya boleh betulkan statement aku. aku byk khayal pasal duit masa dia cakap2 tu.
why..why..why aku tak terpilih keje dgn kerajaan.
takpela. nnt aku pesan kat anak2 aku aje la. please..please..please..keje dgn kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hana replied at 25-7-2018 01:32 PM
biras aku ckp, mmg dah ada tapi utk staff sokongan. pegawai susah sket. ini utk toodler blum tadik ...

Banyak juga kelebihan. :-o
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:46 PM | Show all posts
Bila pula kerajaan nak bantu pekerja swasta pulak...kami ni selalu je terpinggir...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:47 PM | Show all posts
LipasComel replied at 24-7-2018 04:59 PM
kebanyakan bangunan kerajaan dekat putrajaya dah buat. agensi2 kerajaan lain pun mmg ada sediakan ta ...

iya di putrajaya akak perasan ada satu building itu memang ada taska pelbagai ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220652 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list