Sabah adalah negeri yang terkenal dengan khazanah alam semulajadi yang masih cantik dan masih banyak yang belum diterokai. Keindahan hutan-hutan simpan dan juga pulau-pulau sudah pasti menjadi tarikan utama buat para pelancong untuk datang ke Sabah.
Salah satu tarikan di Sabah ialah terdapatnya lokasi air terjun yang diberi nama Murug-Turug Waterfall. Lokasi air terjun ini ialah berada di Kampung Minangkob,Tamparuli.
Seperti biasa, jika air terjun sudah pasti aktiviti mendaki dan juga perkhemahan adalah aktiviti yang paling popular di sini.
'Heaven of Waterfall' adalah antara nama lain untuk air terjun ini (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Bagi anda yang kaki hiking tegar, memang disarankan untuk anda menawan di sini dan melihat sendiri air terjun yang ada. Selain mendaki, aktiviti yang menarik disini ialah mandi air terjun.
Mempunyai air yang bersih dan view yang cantik sudah pasti membuat anda rasa lega dan berbaloi walaupun kepenatan mendaki.
Antara pemandangn hijau bakal menjadi halwa mata anda jika anda mendaki di sini (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Tempat yag menarik dan ramai yang datang untuk menikmati keindahan alam semulajadi (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Dari trek pendakian, anda bakal melihat air terjun yang cantik ini dari jauh. Sudah pasti membuat hati anda tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan potret berlatar belakangkan air terjun dan gunung yang menghijau sebagai kenang-kenangan (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Air tejrun yang begitu sejuk, bersih dan menyegarkan (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Nampak biru dan bersih (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
“Penat namati tapi berbaloi” (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )
Ha! Buat yang kaki pendaki tu, jangan lupa untuk ke sini. Dikatakan sebelum mendaki anda perlu booking tempat dahulu dan slot untuk mendaki selalu penuh! Cepat jangan terlambat! - CARI
|