Setiap hari jumaat, lelaki yang beragama Islam diwajibkan menunaikan solat Jumaat sebanyak dua rakaat secara berjemaah bagi menggantikan solat zohor. Hukum solat Jumaat itu adalah Fardhu Ain. Sebab itulah setiap kali waktu zohor pada hari Jumaat, orang ramai bersesak-sesak menuju ke masjid dan kenderaan memenuhi parkir masjid dan ditepi-tepi jalan. Tidak hairan juga jika ada antara jemaah yang akan kehilangan kasut atau selipar akibat tertukar atau dirembat. Ia bagaikan fenomena yang biasa berlaku.
Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah gambar seorang remaja lelaki memikul rakannya gara-gara selipar rakannya hilang sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di masjid. Bukannya tidak mahu berkaki ayam tetapi keadaan jalan tar yang panas boleh menyakitkan tapak kaki.
Sahabat susah senang
Rata-rata netizen terharu melihat gambar yang dimuat naik itu. Bukan senang untuk mendapat sahabat yang sanggup membantu dan bersusah payah bergilir memikul sahabat mereka. Hakikatnya, kita mempunyai ramai kawan tetapi hanya ada beberapa orang sahaja yang bergelar sahabat.
Rakan badan kecil OK lah kan?
Ada netizen yang selalu melihat situasi seperti ini pada setiap hari jumaat yang mana pelajar sekolah agama berdekatan rumahnya memikul rakannya yang OKU berulang alik dari asrama sekolah hingga ke masjid. Jika rakan yang dipikul itu mempunyai saiz badan yang kecil tidak mengapalah untuk dipikul, tetapi kalau yang berat badan berlebihan, ada ke yang sanggup? Tapi, pasti ada cara lain yang boleh digunakan. Betul tak?
Apa-apa pun reda sahajalah jika kalian kehilangan selipar sebaik selesai solat Jumaat. Mungkin ada hikmah di sebalik itu dan pada masa itu juga kalian dapat mengenali hati rakan atau orang sekeliling kalian samada mereka sanggup membantu ketika susah atau tidak.Kaum lelaki, jangan lupa tunaikan solat Jumaat hari ini ya! - CARI |