CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

[Tempatan] Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!

[Copy link]
Post time 30-7-2018 12:23 PM | Show all posts |Read mode


MANA ada. Itu fitnah... ada ke yang cakap? Saya jumpa dia di rumahnya pagi Selasa lalu dan dia memang ada masalah pernafasan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berkata demikian ketika menafikan desas-desus kononnya penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China, bermula hari ini disebabkan akaun banknya dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tak perlu kita melemparkan fitnah kepada atlet. Perbezaan ideologi politik tidak bermakna jasa seseorang atlet (termasuk Chong Wei) dilupakan.

“Ada ke yang cakap (mengenai isu berkenaan)... tak fikir ke? Kesian kalau orang cakap macam itu... agak-agaklah dan bagaimana keluarganya tahu (mengenai fitnah itu).

“Dia sakit... ada pula kaitkan dengan 1MDB. Kalau saya tahu, saya akan bagi jawapan tapi ini bukan (hanya fitnah),” katanya ketika ditemui NSTP pada program penghargaan komuniti Citra Raya di Desa Keroma Eco Resort di sini, semalam.

Chong Wei baru-baru ini mengesahkan tidak beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan dia terpaksa berehat selama sebulan.

Difahamkan jaguh badminton negara itu kini mendapatkan rawatan lanjut berkaitan masalah pernafasan yang dialaminya di Taiwan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, beliau berharap Chong Wei dan keluarganya dapat bersabar dan mendoakan atlet terbaik negara itu kembali pulih secepat mungkin.

Katanya, ini kerana Chong Wei bukan hanya sumber inspirasi kepada beberapa individu malah jutaan rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 11:52 AM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.178005 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list