Menghampiri usia 34 tahun, bintang Akademi Fantasia dan pelakon Zarina Zainoordin sentiasa mengundang persepsi nakal daripada netizen. Maklumlah, ramai rakan perjuangannya sudah pun mendirikan rumah tangga dan beranak pihak.
Ada yang menyangka Zarina terlalu memilih dan lebih teruk, ada yang menyatakan Zarina bernafsu songsang. Khabar angin itu membuatkan Zarina memuat naik status pengumuman ini.
Kredit foto: IG Zarina
Pastinya ada sebab kuat membuatkan Zarina membuat pengumuman begini.
Jadi, tidak syak lagi bahawa Zarina mempunyai naluri bercinta dengan lelaki ya.
Kredit foto: IG Zarina
Mereka yang belum berkahwin walaupun usia makin meningkat pasti jodohnya belum sampai. Malah, di laman media sosial Zarina sendiri, dia selalu mengusik para pengikutnya.
"Saya nak bagitahu, saya sayang awak semua, termasuklah haters dan netizen halimunan."
Ia mendapat banyak respons, termasuklah komen-komen nakal daripada pengikutnya.
Mungkinkah anda jodoh Zarina yang dinanti? - CARI |