Artis dan golongan 'haters' memang tidak dapat dipisahkan.
Sebelum wujudnya media sosial, kaedah yang digunakan oleh puak pembenci ini ialah menghantar surat layang kepada wartawan hiburan. Dari situ, akan timbul gosip yang benar atau pun tidak berasas.
Namun, dengan kehadiran media sosial yang pelbagai ini, 'haters' boleh sahaja menggunakan akaun palsu atau pun nama sendiri bagi menyatakan pendirian mereka.
Adibah Noor dalam statusnya di Twitter juga turut 'membahan' 'haters' ini dengan cara yang berhemah. Sekali baca ia nampak comel tapi sangat tersirat sebenarnya.
Kredit foto: Twitter
Foto : Carian Internet
Betul ke latar belakang Islamik tapi komen mencarut?
Jadi, apa sebenarnya yang mereka mahu?
Foto : Carian Internet
Foto : Carian Internet
Malahan, ada yang berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen. Nampaknya 'haters' memang tidak mengenal erti penat.
Ya, 'haters' tidak pernah akan berhenti membenci seseorang, apatah lagi artis yang mempunyai jutaan peminat. Jadi, Adibah telah menunjukkan cara yang tepat sekaligus memberinya ketenangan denga menyekat akses puak pembenci ini dari terus meninggalkan komen yang merepek. Tidak perlu pun turut meroyan memalukan diri sendiri.
Nanti lama-lama penat lah mereka. - CARI |