CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3004|Reply: 18

[Tempatan] Nazlan hakim baru adili kes Najib

[Copy link]
Post time 2-8-2018 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Nazlan hakim baru adili kes Najib

https://www.malaysiakini.com/news/437056

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan 2 Ogs 2018, 12:30 tengah hari  |  Dikemaskini 2 Ogs 2018, 1:14 petang



Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjadi hakim baru yang akan mendengar kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tiga pertuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Nazlan menggantikan hakim Datuk Sophian Abdul Razak yang mencatatkan pengakuan Najib yang meminta untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut pada bulan lalu.

Hakim yang mendapat pendidikan di University Oxford ini termasuk dalam senarai mahkamah untuk mengetuai pengurusan kes Najib pada hari Rabu 8 Ogos.

Pada jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan kemungkinan hakim baru akan menggantikan Sophian berikutan pertukarannya berkuatkuasa pada 1 Ogos ini dan Nazlan akan menggantikannya.

Hakim Sophian telah bertukar ke bahagian sivil bagi menggantikan hakim S Nantha Balan yang kini bertugas di bahagian komersial. S Nantha pula menggantikan hakim Nazlan.

Hakim Nazlan, 51, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan graduan ijazah sarjana muda sastera dalam bidang undang-undang dan sarjana sastera daripada Universiti Oxford. Beliau ialah seorang barrister di Law of Lincoln's Inn.

Beliau pernah menjadi pengamal undang-undang di Zaid Ibrahim & Co selama lima tahun.

Sebelum menyertai badan kehakiman, hakim Nazlan juga pernah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti sebagai ketua penguatkuasaan dan kemudian beliau berpindah ke Maybank bagi menyandang jawatan ketua perkhidmatan korporat dan perundangan, peguam umum serta naib presiden eksekutif bank itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 01:41 PM | Show all posts
bukankah hakim sepet dan rentung lebih adil dalam melaksanakan keadilan di Malaysia? wakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 02:31 PM | Show all posts
lim kit siang x layak jadi hakim kah???


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 02:45 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 2-8-2018 01:41 PM
bukankah hakim sepet dan rentung lebih adil dalam melaksanakan keadilan di Malaysia? wakakakkakakaka ...

bukan ke PH nak hakimi najib. najib salah, rosmah pun salah.
nak bicara apa lagi??

buang duit n masa negara je






Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat jahat jahat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat hebat mckk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2018 04:18 PM | Show all posts
Hakim Mohd Nazlan dengar kes Najib

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 8/08/02/hakim-baru/

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2018 2:06 PM

Oleh: NURBAITI HAMDAN
[email protected]

Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Foto Mohd Sahar Misni/The Star

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan mengendalikan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengikut senarai kes di Mahkamah Tingggi Jenayah 3, Mohd Nazlan akan mendengar kes Najib pada 8 Ogos ini.

Mohd Nazlan menggantikan Hakim, Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib.

Ia sekali gus menjawab spekulasi mengenai siapa yang akan mengendalikan kes Najib, yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada  4 Julai 2018, Najib mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam Umno dan kerajaan Pahang.

Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian untuk mendengar kes  Najib dibuat  secara rawak yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah.

Mohd Sofian ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10. Pertukaran mereka berkuat kuasa I Ogos 2018 dan surat pertukaran itu telah ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim pada 24 Julai 2018.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 2-8-2018 02:31 PM
lim kit siang x layak jadi hakim kah???

Tak layak sbb beliau tak pernah aktif bekerja sbg judicial/legal officer mahupun sbg peguam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah bekerja dgn Justice Nazlan ni. Ok lah orangnya. Nampak pendiam dan tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhhhhh tak sabar nak stock up popcorn
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa berani lawan towkeh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-8-2018 09:12 PM
Saya pernah bekerja dgn Justice Nazlan ni. Ok lah orangnya. Nampak pendiam dan tenang.

Nazlan ni kerja dgn zaid and co. Pastuh bukak legal sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 09:10 AM | Show all posts
totokreturn replied at 3-8-2018 12:53 AM
Nazlan ni kerja dgn zaid and co. Pastuh bukak legal sendiri...

Ya betul.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jcopy replied at 2-8-2018 02:45 PM
bukan ke PH nak hakimi najib. najib salah, rosmah pun salah.
nak bicara apa lagi??


Dh bawak ke Court mulalah cacai meroyan. Aku suka aku suka sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 2-8-2018 11:54 PM
siapa berani lawan towkeh

Aku suka tgok cacai meroyan bila tuan besar najib nak kena bicara. Aku suka aku suka sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 10:15 AM | Show all posts
belum bicara punnnnn rupanya

tapi anjeng2 dah jatuhkan hukum menyalak perompak2 penyamuun2 sejak bertahun lamanya

bodohnya mahacai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 10:17 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 3-8-2018 10:13 AM
Aku suka tgok cacai meroyan bila tuan besar najib nak kena bicara. Aku suka aku suka sangat!!

kemain @dodolgemok laknatullah . bersalah pun belum lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 3-8-2018 10:17 AM
kemain @dodolgemok laknatullah . bersalah pun belum lagi

Lah bila masa aku jatuhkan hukum? Aku seronok tgok najib kena bicara jah. Lagi seronok tgok cacai menggelupor @jcopy aku suka aku suka sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 09:34 PM | Show all posts

NAnti bila kalah pemegang2 bunga manggar utk Najib menjerit jerit bak monyet di hutan mengatakan hakim ini telah dibeli oleh kerajaan PH.

Akal UMNGOK mmg mudah dibaca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list