Kerajaan baharu di era baharu memungkinkan segala-galanya.
Di Twitter, kita boleh memetik nama sesiapa sahaja tanpa rasa segan, malu atau bersalah.
Jika untung sabut, 'post' tersebut akan tular hingga mendapat perhatian pihak yang berkenaan.
Namun ia secara tidak langsung sebenarnya kurang adil terhadap pihak lain yang tidak tular masalahnya.
Ia bermula dengan Tweet daripada pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi tidak mendapat tempat di mana-mana Universiti Tempatan. Pelajar tersebut menulisnya di Twitter hingga mendapat banyak Retweet dan akhir sekali mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Ada beberapa perbahasan di sini, iaitu antara anak muda yang merasakan Twitter adalah tempat terbaik mengutarakan masalah hingga mendapat perhatian daripada Menteri sendiri. Manakala golongan yang tidak bersetuju pula, (biasanya orang lama) merasakan ianya tidak wajar, sebaliknya perlu menggunakan prosedur yang betul.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
"Siapa tak viral, tak dapat perhatian."
"Bodohlah kalau tak guna kereta sebab kasihan dengan orang jalan kaki!"
Kredit foto: Carian Internet
Ya! media sosial dan polisi kerajaan baharu yang mesra rakyat memudahkan siapa sahaja bebas bersuara.
Namun ibarat hanya 'post' tertentu sahaja yang tular boleh menyebabkan isu lain yang lebih penting akan terpinggir serta dilupakan.
Jadi, tenang anak muda dan rileks lah orang lama, masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Sebab itulah pentingnya 'check and balance'. - CARI |