CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4106|Reply: 10

Rebung Pokok Kantan Pun Boleh Buat Sambal? Rare Betul Ni..

[Copy link]
Post time 6-8-2018 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Bunga kantan biasa kita dengar sering digunakan dalam menu-menu masakan Melayu. Contohnya laksa Penang, asam rebus dan macam-macam lagi.


Namun, jarang sekali kita dengar masakan menggunakan rebung pokok kantan.






Bagi penggemar sambal, mungkin anda boleh cuba resipi mudah sambal rebung kantan. Memang rare sebab bukan menggunakan bunga kantan, ia menggunakan rebung pokok tersebut.


Mesti sedap kan? Jom cuba resipi yang telah dikongsi oleh saudari Nur Aisyah ni.


BAHAN-BAHAN:


2 pucuk rebung kantan
Cili kampung secukupnya
1 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya
Garam dan perasa secukupnya


CARA MEMASAK:


1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.





2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.





3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.





4. Sedia untuk dinikmati.





5. Rupa rebung kantan.







Bagaimana? Jangan lupa mencuba ya! - CARI



Kredit resipi & foto: Nur Aisyah Via Rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2018 12:06 PM | Show all posts
cam mana cara nak bersihkan rebung tu?
rumah i bunga kantan pun kadang tak terkutip..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: cam mana cara nak bersihkan rebung tu?rumah i bunga kantan pun kadang tak terkutip..


Kalau kat rumah kampung saya, baru nak ambil tinggal daun sajok hehehe..saya halalkan jela.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 01:26 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 6-8-2018 01:17 PM
Kalau kat rumah kampung saya, baru nak ambil tinggal daun sajok hehehe..saya halalkan jela.

hehehe.. ni pun sebab dalam pagar so tak berapa nampak..
kalau luar or tak berpagar, i rasa licin juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 03:42 PM | Show all posts
wah macam sedap, boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke? Boleh cuba buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2018 08:16 AM | Show all posts
selalunya mak aku ambik untuk letak dalam asam pedas or kuah laksa, sebab bunga kantan selalunya tak sempat nak kembang dah ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 12:36 PM | Show all posts
Boleh try ni..nampak sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 09:24 AM | Show all posts
mcm2 resipi skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 07:09 PM | Show all posts
kalau sebelah gua musang, kelantan (area gunung Stong) org kampung menjadikan rebung bunga kantan sebagai ulam, ambil rebung tersebut kupas kulitnya dan rebus hingga lembut toskan dan boleh dicicah dengan budu, atau sambal...sangat sedap!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.499251 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list