Nurul Shamsul, satu-satunya finalis berhijab dalam pertandingan ratu Miss Universe New Zealand 2018 berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan akhir yang diadakan di Sky City Theatre, Auckland malam tadi.
Nurul Shamsul, 21 tahun, berketurunan kacukan Malaysia-Indonesia dilahirkan di Ampang, Selangor dan berhijrah ke New Zealand dengan keluarganya ketika berumur 5 tahun. Tempat pertama dimenangi oleh jelitawan yang berasal dari Wellington, Estelle Curd, 27 tahun. Sejumlah 20 orang peserta berjaya ke pentas akhir ini sebelum Top 10 dan Top 5 dipilih dalam beberapa pusingan.
Kredit Foto: IG Nurul Shamsul
Nurul mencipta sejarah sebagai peserta beragama Islam pertama terpilih sebagai finalist Miss Universe New Zealand. Sebelumnya peserta hijabi berketurunan Somalia, Halima Aden dan Muna Jama masing-masing menyertai Miss Minnesota USA dan Miss Universe Great Britain.
Kredit Foto: IG Nurul Shamsul
Memetik post instagramnya, Nurul menyatakan bahawa tujuannya menyertai Miss Universe New Zealand ialah untuk memecah stereotaip dan memberi makna baru kecantikan.
'Saya berdoa jika ini kehendak Tuhan, permudahkanlah perjuangan saya tetapi jika ini bukan kehendakNya, maka jauhkanlah saya dari jalan ini' doanya.
Kredit Foto: IG Nurul Shamsul
Dalam sesi akhir Top 5, Nurul ditanya beberapa soalan menguji minda antaranya adakah dia bersetuju Kyle Jenner ialah self-made billionaire dan dijawab oleh Nurul dengan yakin dan bersahaja.
Kredit Foto: Lucire.com
Bagaimanapun jawapan akhir Estelle Curd lebih mencuri tumpuan dan dinobatkan juara yang akan mewakili New Zealand ke peringkat akhir Miss Universe di Bangkok pada Disember 2018 nanti. Tahniah kepada Nurul atas kejayaannya.- CARI |