View: 3575|Reply: 12
|
Kendall Jenner 'Cabut Lari' Lepas Anjing Peliharaan Gigit Kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Anjing peliharaan model terkenal, Kendall Jenner dilaporkan menggigit seorang kanak-kanak perempuan ketika dia sedang bersiar-siar dengan kekasihnya, Ben Simmons.
Kredit foto: People
Memetik TMZ, polis dilaporkan telah menghubungi Kendall berhubung perkara itu.
Sumber pihak berkuasa memaklumkan kepada portal berkenaan bahawa Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menerima panggilan pada pagi Ahad mengenai seorang kanak-kanak yang digigit anjing jenis Doberman Pinscher milik Kendall di Restoran Beverly Glen Deli, Los Angeles.
Difahamkan, mangsa bersama ibunya sedang makan di sebuah restoran berhampiran dengan meja pasangan berkenaan apabila haiwan terbabit menggigit kanak-kanak itu.
Menurut sumber, luka akibat kesan gigitan tidak parah dan staf restoran hanya memberi ais kepada mangsa untuk melegakan kesakitan tanpa memerlukan rawatan susulan.
Bagaimanapun, Kendall dan Simmons sudah membayar bil dan beredar dari restoran sebelum ibu mangsa sempat bersemuka dengannya.
Kendall juga dilaporkan pergi dari restoran itu tanpa meninggalkan sebarang nombor telefon atau nota memohon maaf.
Justeru, mereka menghubungi polis untuk membuat laporan dan kes itu kemudian dirujuk kepada Pusat Kawalan Haiwan.
Kredit foto: IG Kendall Jenner
Aduhai Kendall, macam mana boleh terlepas walaupun sudah pasang abah-abah (harness)? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalagi sama juta2 la haha |
|
|
|
|
|
|
|
repot polis. pastu saman juta2. pastu pg melancong satu dunia. ala bukan luak pon duit dia. |
|
|
|
|
|
|
|
saman la juta2, celah gigi dia je tu nak bayar |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes Choi Siwon
orang kene gigit tu meninggal lepas kena gigit
jangkitan kuman |
|
|
|
|
|
|
|
yg sibuk bwk anjing time makan buat apa.. dah susahkan org lain~ |
|
|
|
|
|
|
|
Tehegeh2 bawak hanjing buat apa kalau tak reti kawal. Menyusahkan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
x tanggungjwbnya tuan hanjeng nih... so bimboo! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm, shallow biatch! |
|
|
|
|
|
|
|
saman kawkaw. jgn bagi terlepas mcm kes apak dia yg langgar keta org sampai mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Basketball player juga boyfriend dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|