View: 2004|Reply: 13
|
[Tempatan]
Equanimity mungkin dijual kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion). Hasil jualan dikem
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 7-8-2018 09:48 AM
Kerajaan mungkin jual Equanimity elak bayar kos selenggara mahal
August 6, 2018
KUALA LUMPUR: Putrajaya mungkin menjual kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1MDB kepada pembida tertinggi bagi mengelakkan kerajaan terpaksa membayar kos penyelenggaraan mahal.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata semua kertas siasatan berkaitan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
“Kalau ada yang tawarkan harga lumayan, kita boleh jual. Dengan itu, duit yang dicuri boleh dikembalikan semula kepada rakyat.
“Kita akan serahkan semuanya kepada peguam negara untuk kawalan lebih teratur,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, media melaporkan kapal mewah bernilai AS$250 juta itu yang disita pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Februari lalu, dijangka tiba di Pelabuhan Klang petang esok.
Kapal layar itu antara lebih AS$1.5 bilion aset yang mahu disita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana mendakwa ia dibeli ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho dan rakan subahatnya dengan wang diseleweng daripada dana 1MDB.
Lim tidak menolak kemungkinan kapal mewah itu akan dibuka untuk tatapan orang ramai.
“Tapi bukan keseluruhan kapal itu boleh diakses kerana saya percaya pasti ada barangan berharga di dalamnya.
“Akan ada kawalan di beberapa tempat supaya barangan itu boleh dijaga dan dikawal rapi.” |
|
|
|
|
|
|
|
betul kah kapal tu malaysia punya??? boleh kah jual harta benda org???
kena saman baru buat muka bodoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya kapal itu bukan 1mdb punya. Sbb klu betul 1mdb punya mesti kapal tu boleh dijadikan barang bukti. Ini finance minister buta law kot |
|
|
|
|
|
|
|
bukan saje guanjeng, abg tommy pun sama blurr tentang rule of law. senang senang nak lelong harta rampasan tak tentu hala. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni main cakap suka hati ja. Ni company under MOF bnyk lg tgh suspended. Pergi la decide on that |
|
|
|
|
|
|
|
Kes xhabis sibuk nak lelong bahan bukti. Politic dendam |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB??????..kak mah punya lettew |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni blh la sprm raid sana sini sambil rampas segala harta benda org. lps tu lge mangkuk hayun blh tolong jualkan. pandai lge mangkuk hayun ni tambah sumber pendapatan negara
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalipap Umar Lim ni memang ada pengalaman lelong2 ni, kat penang dulu dia jual tanah negeri tukar premium dll....dah jadi muntri kewangan dia lelong pulak semua reta sitaan SPRM/Polis dll
|
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan dia , memang untuk nak memperbodohkan rakyat....
untuk kasi rakyat seronok aje....
|
|
|
|
|
|
|
|
entah apa sal kena pula tanggung kos penyelenggaran...dgn duit rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulih buat jadi muzium 1MDB dan jual tiket |
|
|
|
|
|
|
|
Br semalam i baca article nk kenal pasti pemilik kapal ni ambik masa 6-9 bulan. Motippp tak tau sapa punya lagi nk terus lelong sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi le bagi mahacai seronok sekejap .terus lupa janji 2 100 dah hampir tiba. labun mcm pandai tp sebenarnya memang bodoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|