Penampilan Meghan Markle di majlis perkahwinan rakannya pada hujung minggu lalu mengundang kecaman netizen, lapor Mirror.
Duchess of Sussex itu sekali lagi melanggar pantang larang dengan memakai dres lengkap bersama aksesori berwarna hitam ke majlis perkahwinan.
"Siapa yang memakai pakaian berwarna hitam ke majlis perkahwinan dengan butang tidak dikancing sempurna hingga menampakkan pakaian dalam?
"Meghan seorang narsisistik yang mendambakan perhatian!
"Saya sangkakan, dia menghadiri upacara pengebumian.
"Kenapa dia memakai pakaian berwarna hitam di majlis perkahwinan? Meghan langsung tiada gaya," kecam netizen di Twitter.
Kredit foto: Mirror/REX/Shutterstock
Bagaimanapun, segelintir pengguna membidas kecaman netizen dengan mengatakan Meghan bebas memakai apa saja warna disukainya pada bila-bila masa.
Malah, ada juga yang bersetuju, isteri kepada Putera Harry itu memilih pakaian berwarna hitam supaya penampilannya tidak kelihatan terlalu menonjol. - CARI
|