Nasi kandar adalah suatu jenama yang tidak asing lagi terutamanya bagi sesiapa yang mengunjungi Pulau Pinang. Terdapat pelbagai nama nasi kandar yang masyhur dan selalu meniti di bibir orang luar Pulau Pinang.
Tetapi, ada alternatif lain buat penduduk Butterworth, iaitu nasi kandar Ketapang sebelah Tmnet. Inilah nasi kandar yang betul-betul sedap dan unik. Nasinya berlainan daripada nasi lain iaitu berminyak sedikit menggunakan minyak sapi. Walau bagaimanapun nasi kandar ini bukannya terletak dalam senarai utama nasi kandar bagi pengunjung ke Pulau Pinang, blog ataupun peminat nasi kandar.
Mungkin kerana lokasinya di bagan, bukan di bahagian pulau. Namun begitu, nasi kandar Ketapang ini tetap memiliki keunikannya yang tersendiri. Antara keunikannya ialah dibuka pukul 11.00 malam dan tutup pukul 7.00 pagi selain daripada nasi minyaknya sendiri. Satu lagi keunikannya ialah nasi kandar ini kena beratur awal-awal pukul 11 malam.
Siap ada yang dah paww tempat beratur sebelum 11 malam. Kalau tidak jenuh kena tunggu. Nasib baiklah kini ada telefon pintar. Bolehlah layan Youtube dan Cari sebelum sampai depan mamak.
Jenuh Beratoq
Ok dah sampai depan mamak, ada macam-macam menu untuk anda ayam, ikan, telur dan lain-lain. Buat pengetahuan anda, antara menu rare yang ada dan tidak terdapat di nasi kandar yang lain ialah cili hijau segar untuk dimakan bersama nasi minyak mereka. Sungguh sedap dimakan bersama ayam goreng, nasi minyak dan kuah banjir.
Bagi penduduk Butterworth, makan di sana wajib pakai pinggan besi, kalau tidak macam tak sah pulak. Ya, pinggan besi menjadi antara trademark nasi kandar Pokok Ketapang.
Dapnyaaaa....
Sekiranya anda malas hendak beratur di situ malam-malam, anda kena datang antara jam 12 hingga 2 pagi atau bukannya hujung minggu terutamanya selepas hujan kerana orang menjadi sedikit pada ketika itu. Atau sila berkunjung ke Nasi Kandar Mohamad yang terletak di belakang tmnet yang dibuka 24 jam yang memiliki menu yang sama.
Tetapi anda masih perlu beratur ya, bila ramai orang dan waktu puncak. Dan jangan lupa order Ley Chee Kang sekali ya.
Bagaimana, sudah terliur tak? - CARI |