CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2489|Reply: 6

"Terima Kasih Bro Sebab Balas Walaupun 4 Tahun Dah Berlalu"

[Copy link]
Post time 9-8-2018 10:50 AM | Show all posts |Read mode





Ramai yang suka bermain permainan komputer terutamanya golongan remaja. Lebih lebih lagi, pada zaman yang semakin maju dan canggih ini, banyak teknologi baru di perkenalkan. Disebabkan itu, boleh dikatakan semua orang memiliki telefon pintar dengan kemudahan internet bagi memudahkan urusan. Selain itu, ia juga menjadi salah satu bentuk hiburan apabila dapat bermain games kegemaran mereka hanya dengan menggunakan telefon pintar walau di mana sahaja berada dan bila-bila masa.  


Seorang pengguna twitter memuat naik status yang mana dia berasa sangat lucu apabila ada seorang netizen yang mengambil masa selama 4 tahun untuk membalas mesej seorang rakannya di mesej facebooknya. Agaknya, kenapa setelah sekian lama baru mesej tersebut dibalas?















Netizen gelak sebab tak masuk akal



Netizen yang membaca screenshot mesej tersebut turut merasakan ia tidak masuk akal dan tergelak kerana mesej yang dihantar pada tahun 2014 itu baru sahaja dibalas pada tahun ini.






Kena perli




Netizen masing-masing memerli pemilik akaun facebook tersebut. Rakannya yang bertanyakan soalan itu tetap mengucapkan terima kasih kerana membalas mesejnya dan yang lucunya, dia meminta maaf kerana terlewat membalas akibat baru habis bermain game. Netizen tertanya-tanya mengapa terlalu lama masa yang diambil untuk menghabiskan game DotA tersebut?









Kira baguslah dia membalas mesej rakannya walaupun setelah 4 tahun berlalu daripada diam membisu tanpa balasan. Nanti dianggap sombong pula. Betul tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2018 10:59 AM | Show all posts
Sebelum2 tu sibuk sangat layan game dll.  Tetiba membalas tu mungkin sebab dia boring tak tahu apa nak buat check message baru perasan ada message belum dibalas tu yang gigih tu.  Better late than never kata omputih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mustahil sebab saya pun baru dapat baca mesej dalam fb yang dari tahun 2014. Tak tahu kenapa. Memang suruh kawan2 whatsapps saja kalau urgent.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 04:19 PM | Show all posts
Yang membalas tu pun tak perasan kot yang mesej tu tahun 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 07:14 PM | Show all posts
ada lagi rupanya orang masih main dota haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku pun aku tak perasan 2014 tu. terus balas ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2018 11:53 AM | Show all posts
4 tahun..lawak jugak...haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.095168 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list