|
|
Sebelum ini Menteri Pendidikan Maszlee Malik pernah menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti watak fiksyen Star Wars, Yoda kerana memiliki semangat pahlawan Jedi dalam usaha berkhidmat untuk negara walaupun sudah berusia 93 tahun.
Semalam, memetik laporan Astro Awani, akaun instagram Maszlee mencuri perhatian pengguna instagram, apabila beliau sempat memuat naik gambar yang memperlihatkan gelagat dirinya dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memakai topeng watak-watak dalam filem Star Wars tersebut.
Dalam entri tersebut, Maszlee turut menyelit tulisan perbualan antara watak Yoda dan Chewbacca yang mencuit hati iaitu Yoda dikatakan 'mengeluh' apabila diingatkan supaya jangan lupa masuk mesyuarat Kabinet oleh Chewbacca!
 Kredit foto: instagram @ drmaszleemalik
Menurut Maszlee, saat yang menyeronokkan itu adalah ketika membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids.
Dr Mahathir, Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di Negara Matahari Terbit dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.- CARI
|
|