View: 1704|Reply: 7
|
Dikejar Ah Long, Gara-Gara Hutang Bekas Suami RM700, 000
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menanggung masalah dengan ah long gara-gara bekas suaminya meinggalkan hutang sebanyak RM700,000.
mStar Online melaporkan, Tan Lee Yin, 38, dari Batu Pahat bercerai dengan suaminya berusia 41 tahun dua tahun lepas kerana hutang judinya.
Namun menurutnya dia masih menjadi buruan ah long, malah ibunya juga turut diganggu.
Tambah Lee Yin, pada 25 Julai lepas, lima lelaki menaiki MPV hitam datang ke rumah ibunya di Parit Sulong, Johor, dan menuntut wang RM700,000.
Foto: mStar Online
Susulan itu bapanya telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan.
"Tapi ah long tersebut datang lagi, meninggalkan telefon nombor mereka dan minta untuk berunding."
Bekas suaminya sekarang tidak dapat dipastikan lokasinya.
Laporan polis telah dibuat namun pihak ah long berkata mereka tidak takut dengan pihak berkuasa.
"Mereka kata sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka, kami perlu berhati-hati. Saya sangat takut sehingga langsung tidak mahu keluar rumah.
"Tolonglah lepaskan kami. Cari lah dia (bekas suami). Jangan ganggu keluarga saya lagi."
Difahamkan, ah long masih datang ke rumah ibunya sehingga 2 Ogos lalu.
"Mereka menampal salinan MyKad ibunya di tiang-tiang lampu, menuduhnya sebagai penipu."
Rumah ibunya juga turut disimbah cat berwarna merah dan biru pada 27 Julai dan 2 Ogos lepas. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tan Lee Yin, 83, dari Batu Pahat bercerai dengan suaminya berusia 41 tahun dua tahun lepas kerana hutang judinya.
Macam salah je umur 83. 38 kot |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat kesian kat ibu dia, dah tua kena kejar ah long, hidup pun tak aman. Hutang orang lain pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Polis malaysia ada witness peotwction program tak |
|
|
|
|
|
|
|
Patut polis tangkap semua along ni kasi hukum gantung jer..baru ada akal |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 9-8-2018 02:32 PM
Sangat kesian kat ibu dia, dah tua kena kejar ah long, hidup pun tak aman. Hutang orang lain pulak t ...
betul tu.. tp nk buat mcm mana.. geng ah long ni buknnye peduli.. dgn polis pon diaorg x takut.. asalkn dpt duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan tak guna! Dah sedap kau berhutang berjudi bagai, mak & ex bini lak tanggung?? Ini jantan patut telor dia kasi anjing, phuiii! |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu... sianya isteriii nys |
|
|
|
|
|
|
| |
|