View: 1750|Reply: 4
|
Buku Kartun Kontroversi 'Sapuman: Man of Steal' Kini Bebas Dibaca
[Copy link]
|
|
Memetik laporan The Malaysia Insight, perintah pengharaman buku kartun hasil karya Zunar berjudul ‘Sapuman: Man of Steal’ telah ditarik balik atas arahan Perdana Menteri yang juga merupakan pemangku Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kredit foto: carian internet
Sebelum ini, buku kartun kontroversi itu diharamkan oleh kerajaan Barisan Nasioanal berikutan isi kandungannya didakwa menyentuh tentang skandal penyelewengan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ekoran daripada penarikan balik perintah pengharaman yang dibuat semalam, Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan supaya ganti rugi yang berhak diterima oleh Zunar kerana kerugian dialami disebabkan tidak dapat menjual buku sepanjang tempoh tersebut untuk ditaksirkan.
Kredit foto: www.themalaysianinsight.com
Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque memfailkan permohonan tersebut pada Januari lalu bagi mencabar pengharaman buku kartun tersebut yang berkuat kuasa pada 3 Oktober tahun lalu.
Buku tersebut telah dijual di pasaran selama dua tahun sebelum perintah pengharaman itu dikuatkuasakan dan berasa terkejut kerana responden tidak menunjukkan sebarang bukti penerbitan bukunya dapat menggugat ketenteraman awam.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
gila
fitnah pun dibukukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 9-8-2018 11:35 AM
Melayu Dikotak katikkan..
so, nak demo lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|