|
|
Memang selalu kita dengar kisah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, tak kisahlah baik atau buruk tapi pasangan artis ini memang tak pernah sendu dari menjadi bahan bualan.
Kalau dulu Hanis pernah dikecam kerana meninggalkan Yusuf untuk pergi melancong ke luar negara dengan rakan-rakan, cerita kali ini pun lebih kurang sama.
Di atas urusan kerja, Hanis dikhabarkan terpaksa berjauhan dengan suami dan anak mereka, Yusuf Iskandar.
Mungkin sebab rindu, Hairul ada memuat naik satu video yang memaparkan saat-saat indah isteri bersama anak.
Latar belakang lagu dalam video tersebut pun boleh tahan sedihnya.
Kapsyennya, "Salam Subuh Mommy @haniszalikha, @theyusufiskandar rindu sangat, cepat la balik."
Maka ramailah pengikutnya berhabuk mata, sebak kata mereka.
Tabahlah ya Hairul dan Yusuf. Sekejap lagi baliklah mommy tu. -CARI
|
|