View: 5268|Reply: 10
|
Ingin Cuba Backpacking Solo Kali Pertama? 8 Sebab Indonesia Pilihan Terbaik
[Copy link]
|
|
'Are you out of your mind?' Kata teman-teman apabila kali pertama mendengar niat penulis untuk travel solo kali pertama kira-kira sepuluh tahun dahulu. Ada juga yang menzahirkan kebimbangan mengenai isu keselamatan.
Sejak kebelakangan ini trend backpacking solo semakin mendapat tempat di kalangan kaki travel. Ini kerana selain kesukaran mendapat teman travel yang sekepala dan boleh bercuti pada masa yang sama, backpacking secara solo menjanjikan pengembaraan yang lebih mencabar bahkan lebih memuaskan kerana backpacker tidak terikat pada jadual dan bebas menukar apa-apa perancangan awal berdasarkan kemahuan sendiri.
Bagi mereka yang ingin mencuba backpacking secara solo, ada banyak pertimbangan yang perlu diambil kira. Selain faktor keselamatan, backpacker juga perlu menentukan di mana tempat yang sesuai untuk dilawati dan kos yang akan ditanggung. Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi pendapat '8 sebab mengapa negara jiran kita Indonesia menjadi pilihan tepat buatmu untuk menjadi backpacker solo buat kali pertama', terutamanya backpacker wanita.
1. Pilihan Penerbangan Secara Terus yang Banyak ke Indonesia
Kredit Foto: Travel Kompas
Sebagai kaki travel backpacker, kos penerbangan yang murah adalah antara faktor utama memilih sesebuah tempat pengembaraan. Bagaimanapun, sebagai backpacker solo buat kali pertama, elakkan menggunakan penerbangan yang mempunyai transit kerana anda akan dibebani dengan urusan tambahan check-out atau check-in semula, yang mungkin menyebabkan perjalanan anda mengalami delay atau lebih buruk: tertinggal kapal terbang.
Lapangan terbang antarabangsa seluruh Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kucing menawarkan banyak pilihan penerbangan secara terus ke bandaraya percutian utama Indonesia antaranya Jakarta, Bali, Surabaya, Bandung, Medan dan Lombok.
2. Tarikan Pelancongan yang Pelbagai
Kredit Foto: Exoticca
Tidak kiralah sama ada anda seorang backpacker solo yang meminati fotografi, budaya, makanan, pemandangan alam, membeli-belah ataupun sekadar memerhati gaya hidup komuniti setempat, Indonesia menawarkan kesemuanya. Dari keindahan monument lama Candi Borobudur, ke makanan yang sedap di Jalan Malioboro, ke cuaca sejuk di Gunung Bromo atau menyelami budaya Hindu di Bali, semuanya terdapat di Indonesia.
3. Terdapat Empat Pejabat Kedutaan dan Konsulat Malaysia di Seluruh Indonesia
Kredit Foto : Berita Harian
Kementarian Luar Negeri mempunyai pejabat kedutaan dan konsulat luar terbanyak di negara Indonesia. Selain di ibu kota Jakarta, Kementerian juga mempunyai pejabat konsulat di Medan, Riau dan Pontianak.
Ini bermakna, sekiranya backpacker solo menghadapi sebarang masalah seperti kehilangan passport, kecemasan atau masalah lainnya bantuan daripada wakil Kedutaan akan lebih mudah diperolehi.
4. Mod Pengangkutan yang Memadai
Kredit Foto: Indohoy
Mod pengangkutan di Indonesia diakui tidak sempurna. Bahkan untuk keluar daripada Airport Soekarno-Hatta juga sedikit mencabar (kerana backpacker akan mengelak teksi yang mahal!). Train express tidak terdapat di airport Indonesia kecuali di Medan. Tetapi jangan takut, bas Damri, ojek dan angkut akan menjadikan perjalanan anda akan lebih menarik.
Biasakan diri bertanya dan menggunakan pengangkutan awam. Bagi perjalanan jarak jauh, kereta api yang murah boleh membawa anda mengelilingi Pulau Jawa. Perkhidmatan kereta api untuk kelas sederhana sangat selesa, bahkan perjalanan lebih13 jam tidak akan melelahkan anda.
5. Murah dan Menjimatkan
Kredit Foto: Indonesia.biz.ID
Sekiranya anda tidak kisah makan di warung, menginap di dorm atau menggunakan angkot dan objek untuk bergerak, kos backpacking secara solo di Indonesia secara umumnya sangat murah dan menjimatkan. Dengan kadar tukaran asing sekitar RM282 untuk Rp1 juta (Ogos 2018), anda boleh melawat banyak tempat yang menarik dengan perbelanjaan yang rendah.
6. Warga yang Peramah
Kredit Foto: Blog Hazanis
Sebagai backpacker, anda pasti ingin berinteraksi dengan warga setempat. Walaupun sering dimomokkan dengan cerita persengketaan di antara negara kita dan Indonesia di akhbar-akhbar setempat, secara umumnya masyarakat Indonesia sebenarnya sangat peramah dan menerima kehadiran pelancong secara terbuka terutamanya daripada Malaysia. Ini kerana kesamaan budaya dan bahasa kita menyebabkan interaksi menjadi lebih mudah.
7. Anda Tidak Akan Kelihatan Menonjol
Kredit Foto: The Muslim Vibe
Sebagai traveller solo kali pertama, anda tidak mahu kelihatan terlalu menonjol kerana anda akan terdedah kepada ancaman scammer dan risiko lainnya. Secara umumnya Indonesia adalah negara yang aman dan selamat tetapi malang selalunya tidak berbau. Raut wajah dan karakter rakyat yang sama antara kedua-dua negara memudahkan anda blend-in dan anda dapat melawat mana-mana tempat menarik tanpa diganggu (Nota: Kecuali pedagang-pedagang di Tangkuban Perahu, Bandung atau Pura Empul, Bali yang pintar 'menghidu bau' rakyat Malaysia!).
8. Tumpuan Warga Backpacker Antarabangsa
Kredit Foto: Backpacker Banter
Pada tahun 2017, Bali Province Central Statistics Agency (BPS) melaporkan Bali menerima kunjungan 3.4 juta pelancong asing dari Januari sehingga Julai. Kebanyakan daripadanya ialah golongan backpackers. Trend yang sama boleh dilihat di bandar-bandar seperti Jogja, Lombok dan Surabaya.
Kehadiran backpackers dari pelbagai mancanegara ini menyebabkan hostel dan penginapan berkonsepkan hipster dipenuhi dengan golongan kaki travel yang sekepala dan backpackers solo akan saling bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Siapa tahu hasil daripada cerita-cerita ini, anda akan dapat idea untuk trip solo seterusnya?
Jadi, buat para backpacker yang ingin mencuba bergerak secara solo pula, buatlah pilihan anda sekarang! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baru mula nak berjinak2 dengan hobi sebegini dan untuk nak dapat pengalaman pertama di luar negara mungkin boleh dijadikan salah satu pilihan. Bahasa, makanan, transport dan kos yang tak membebankan berbanding negara2 di Asia Tenggara yang lain membuat ia selalu jadi pilihan buat permulaan. |
|
|
|
|
|
|
|
for me I x suggest Indonesia, better try pegi Bandar besar dulu mcm SG ke..then baru tmpt 'mencabar' mcm Indonesia ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak pegi pulau2 macam raja ampat, pulau komodo, nusa lembongan semua tu tapi takut gempa bumi |
|
|
|
|
|
|
|
setuju...
kalo solo wanita, better gi bandar2 mcm sg.. aussie..
tapi ramai jugak yg solo traveller pergi india, sri langka, other country yang nk membangun...
memang salute la..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah berkali2 travel solo xpe nak g tmpt2 mcm tu
kalau first timer, better praktis g bandar besar dulu
so bley tgk kita nye survival skill mcm mn
klu tmpt mcabar terus sorang2..nayaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
my 1st country utk backpacking ialah India, 10 yrs ago
ms smpi new delhi, akak mmg dah plan nak pi mana...agra, amristar, shimla, jammu
mmg mencabar tp ntah aku rasa mcm best dan seronok jah
siap naik lg tren yg mcm dlm filem hindustan tu, bersesak2 bagai |
|
|
|
|
|
|
|
masih belum berani nak g mana2 secara solo selain dlm Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 15-8-2018 11:13 AM
my 1st country utk backpacking ialah India, 10 yrs ago
ms smpi new delhi, akak mmg dah plan nak pi ...
Nasib sis selamat je kan..i mean its a brave thing to go travel bacpacking kt sana..u know la kn baru2 ni byk kes rogol and all that..bravo sis |
|
|
|
|
|
|
|
akak siap spent half day di chadni chowk
sbb dah biasa tgk hindustan, so chadni chowk ni femes la mcm ala2 chow kit
and sbb dah selalu tgk hindustan, tamil so mmg dah faham sgt cara ummah yindia sana
yg stok2 vera kincing merata tu pun bersepah
tp itulah realiti kat sana
lagi satu, akak mmg suka jalan2 kat setiap lorong2 kedai dan akan jalan kat setiap ceruk penjuru tempat yg akak pergi..so mmg puas hati la
accomodation lak, akak stay kat youth hostel jah
so mmg jmpe la minah saleh kokesen lain sbb weols stay kat dorm
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 15-8-2018 03:29 PM
akak siap spent half day di chadni chowk
sbb dah biasa tgk hindustan, so chadni chowk ni femes l ...
Good for you sis...best dpt travel dgn cara yg kita prefer and enjoy with it kan.
Chandni chowk ni kita ingat masa scene kajol ngn srk dlm kabhi kushi kabhi gum..nmpk meriah je kan kwsn dia..well,mcm sis ckp la seronok dtg negara org yg lain budaya dan tarikan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|