Seorang bekas sami Buddha Thailand telah dijatuhkan hukuman penjara selama 114 tahun oleh mahkamah.
Reuters menyatakan, sami tersebut telah mencetuskan kemarahan umum kerana menunjukkan gaya hidup mewah.
Dia didapati bersalah dalam sindiket penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah digital.
Kegiatan Wirapol Sukphol pernah didedahkan pada tahun 2013, apabila dilihat membawa beg Louis Vuitton dalam sebuah jet peribadi, sambil memegang wang tunai yang banyak dan memakai cermin mata hitam berjenama mewah.
Foto: Channelnewsasia.com
Dia telah terbang ke Amerika Syarikat dan kemudian kembali ke Thailand pada Julai 2017 selepas diekstradisi.
Selepas video tersebut tular, Wirapol, atau dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham sewaktu di kuil, telah dibuang status sami pada 2013
Dia juga didakwa melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Mahkamah jenayah di Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 114 tahun, namun hanya perlu menjalani hukuman selama 20 tahun kerana undang-undang Thailand menetapkannya sebagai tempoh maksimum bagi kesalahan sama yang dilakukan berulang.
pegawai dari Jabatan Guaman Khas berkata, “Dia terlibat dalam sindiket penipuan kerana mendakwa dirinya mempunyai kuasa istimewa yang berupaya menarik perhatian orang (pelaris) dan dia juga telah membeli banyak kereta mewah yang dilihat sebagai kesalahan pengubahan wang haram." -CARI |