CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 3

[Tempatan] Tular Kopi Peluntur: Produk Makanan Dilarang Guna Bahan Berbahaya- KKM

[Copy link]
Post time 13-8-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini tular di media sosial demonstrasi meminum kopi pracampur Green 35 yang ditambah bahan peluntur, dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu tersebut.


Kredit foto: carian internet



Susulan itu, memetik laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan arahan melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan racun dalam demonstrasi produk makanan.


Sekaligus tindakan penguatkuasaan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mengingkari arahan tersebut.


"Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya."


Dalam pada itu, KKM menasihatkan pengguna supaya tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.


Bagi sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook BKKM di www.facebook.com/bkkmhq.- CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak ada air lain ke nak minum kak oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 11:33 AM | Show all posts
yang dah nak mati tu pun bodoh
elok la kot mati sekali?
apa benak gi telan clorox tu???

yg penjual ni tak payah cakap la
muka sama seiring dengan iq
11 kali konon
ntah setitik pun ko tak nak telan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 08:27 PM | Show all posts
elok sangat minum klorox
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.234296 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list