Udang galah viral
Kecoh betul ya udang galah viral yang berharga RM1 sahaja dijual di merata-rata tempat hatta di kaki lima. Wah! macam tak percaya boleh dapat dengan harga semurah itu kerana udang galah sememangnya mahal di pasaran dan jarang ada di pasar biasa.
Apa lagi, dengan harganya yang sangat mampu milik, ramailah yang membelinya untuk melepaskan kempunan makan udang 'mahal' ini. Isu timbul apabila ada yang sampai dimasukkan ke wad kerana mengalami keracunan makanan berpunca daripada udang galah viral ini.
Seorang netizen tampil menceritakan kisah yang agak meloyakan di sebalik persediaan udang galah dari Thailand di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Rasanya isu ini sudah banyak kali dimainkan oleh media massa, iaitu larutan formalin yang digunakan untuk mengawet mayat turut digunakan pada makanan laut. Sejauh mana ia mempengaruhi hasil laut ini?
Formalin sebenarnya digunakan untuk mengawet mayat.
"Hati-hati dengan hasil laut dari Thailand"
Foto : Facebook
Menurut netizen ini lagi, formalin yang tinggi dalam badan akan menyebabkan segelintir individu mengalami alergi hingga menimbulkan ruam dan sebagainya. Info tersebut diperolehnya di dalam kursus AVA Singapura serta melalui pembelajaran di Ranong, Thailand.
Masalahnya, betul ke alergik disebabkan udang tersebut?
Gambar yang diambil di Jeti Ranong Thailand memaparkan air berwarna kelabu dan tiada darah. Ia disebabkan 1%-2% campuran formalin bersama air laut
"Cara tradisional menghilangkan formalin ialah merendam hasil laut ke dalam larutan garam. Bagaimanapun belum ada kajian mengenainya."
Ini pula pesanan nelayan yang telah berkecimpung puluhan tahun dalam industri perikanan ini.
Nampaknya Jabatan Perikanan juga prihatin dengan isu ini.
Kredit foto: Twitter
"Habis, nak makan apa yang selamat ni?"
Mesti ramai yang terkesan dengan pendedahan ini serta dalam dilema untuk mempercayainya. Mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak begitu peka dengan bahayannya hasil laut dari Thailand ini. Apa pun, berhati-hati lah ketika membeli sebarang produk dari pasaran, cari maklumat terlebih dahulu sebelum bahaya masuk ke badan anda. - CARI
|