Kuala Lumpur Fashion Week 2018 yang berlangsung baru-baru ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang rata-rata teruja mahu melihat pakaian yang diperagakan oleh kebanyakan selebriti terkenal tanah air.
Banyak pujian dan tidak kurang juga kritikan sepanjang acara tersebut berlangsung. Antara yang mencuri tumpuan ramai adalah selebriti popular Fazura yang memberi peluang kepada gadis berbadan gempal, Monalisa untuk menjadi salah seorang peragawan untuk memperagakan pakaian miliknya di pentas acara gilang-gemilang yang berakhir semalam itu.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Chef Wan yang memuji sikap Fazura yang dianggap sebagai seorang yang sangat penyayang dan berjiwa besar.
"Fazura seorang yang baik hati kerana memberi peluang kepada Monalisa untuk memperagakan pakaiannya walaupun dia tidak mempunyai badan seperti supermodel."
Foto : Instagram Chef Wan
Chef Wan juga sempat memerli netizen yang mengutuk dan membandingkan fesyen yang diperagakan oleh Neelofa dan Monalisa dalam majlis yang sama.
Foto : Instagram Chef Wan
Dalam pada itu, melalui posting di Instagram milik Monalisa, dia turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana memberi peluang kepadanya untuk merasai pengalaman memperagakan baju di pentas yang besar tersebut.
"Terima kasih atas peluang yang diberikan.."
Foto : Instagram Monalisa
Rata-rata pengikut Chef Wan turut bersetuju dengan chef selebriti tersebut dan mengambil kesempatan untuk memuji keberanian dan keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Monalisa.
Memang padu betul ayat Chef Wan tu kan. Siapa yang suka mengutuk fizikal orang lain tu bolehlah muhasabah diri. Belajarlah daripada Fazura, walaupun cantik dan popular, dia tetap menghormati kekurangan orang lain. -CARI |