CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 9

"Saya Tak Setuju Dr Ilyani Dikenakan Tindakan Disiplin" - Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 13-8-2018 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Susulan menulis ‘surat terbuka’ kepada anak Perdana Menteri, Marina Mahathir berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan doktor perubatan, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, lapor MalaysiaKini.




Kredit foto: Utusan Online



“Kalau ada tindakan disiplin terhadap pegawai perubatan tersebut, saya sendiri akan bersuara dan menentangnya.

“Tetapi setakat ini saya dimaklumkan tidak ada sebarang tindakan disiplin diambil ke atasnya, cuma sekadar aduan,” katanya dalam sidang media Majlis Kepimpinan Majlis Belia Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.




Kredit foto: FB





Akibat menulis surat terbuka itu, doktor yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terbabit dikatakan bakal berdepan tindakan tatatertib selepas pihak tertentu melaporkan tindakannya kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).




Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah




Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan sokongannya kepada Dr Ilyani.

“Bagi saya, setiap pihak berhak menyuarakan pandangan mereka. Kalau kita bersetuju, kita boleh bersetuju tetapi jika kita tidak bersetuju, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Tetapi, saya tidak setuju sama sekali kalau tindakan disiplin diambil ke atasnya.


Kredit foto: IG Syed Saddiq



“Kerana beliau berhak memberikan pandangannya dan itu pandangan peribadi beliau dan pada masa sama jika tindakan diambil ke atasnya, maksudnya kita sedang menyekat suara dan pandangan beliau,” tegasnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 05:22 PM | Show all posts
hang jaga portfolio hang baik2 sudah la ceq...wakakakakakakakak

mana dia duboq2 KEBEBASAN BERSUARA....kebebasan menduboq jugak hangpa dok sanjung...wakakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
PH gov, pls prove your regime is different from beEND. Opened to critisize and for improvement.{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 05:51 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 13-8-2018 05:22 PM
hang jaga portfolio hang baik2 sudah la ceq...wakakakakakakakak

mana dia duboq2 KEBEBASAN BERSUAR ...

bila menteri belia sokong dr ilyani,
geng2 lgbt umngok mula panas pungkoq

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

Saya sudah..sudahkan anda
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 13-8-2018 05:51 PM
bila menteri belia sokong dr ilyani,
geng2 lgbt umngok mula panas pungkoq

koh3 ape lagi umno bongok mau? (umngok xleh sebut dah kena ban... koh3)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2018 05:55 PM | Show all posts
tudia penyembah duboq lgbt dah sound .....yang best dia nak kena sebut umngok jugak...nasib baik dia tak sebut brazzers..kalau sebut brazzers baru la aku marah.......wakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 06:23 PM | Show all posts
Jangan ajdi biawak sgt lahh Saddiq,elok-elok aku cuba nak terima ko sebagai menteri ko buat stament haramjaddah pula, tolong lahhhh

main bola pun kalah ,ko jaga bidang ko sudah lah

Menyampah nyaaaaaaaaaaaaaaa dgn puak2 konon nya membela nasib ,padahal bidang kuasa sendiri pun xde lagi kemajuan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 10:42 PM | Show all posts
berani sadiq lawan big boss ke ?

ke nak jadi menteri satu penggal je
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 11:09 PM | Show all posts
budak ni cuma tau nak bercakap je.... cakap lah sampai lebam tengah2 padang atas kapasiti peribadi who cares...

yang jadi salah bila ko mulakan ayat contoh 'Sebagai seorang doktor..... bla bla bla...' atau pun 'Sebagai seorang lobai bla bla bla...'

sebab nanti akan ada doktor lain yang tak setuju malah rasa malu dengan kenyataan ko tu...

Sadiq faham tak?...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.299764 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list