Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Halim semenjak pernikahan ketiganya dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Jefri.
Rupa-rupanya, Fiza kini sedang sarat mengandungkan anak hasil perkahwinannya dengan duda anak tiga tersebut. Wah, tahniah kami ucapkan!
Foto : Instagram Fiza Halim
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Fiza dan Jefri dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan pada penghujung bulan September yang akan datang.
Fiza juga turut berkongsi kepada umum mengenai doktor kegemarannya yang telah merawatnya sepanjang dia berbadan dua.
"Dato Dr.N Sivamohan..doktor kegemaran saya.. Dari anak pertama sampai anak ketiga, semua dengan dia. Sangat baik dan lucu orangnya.."
Foto : Instagram Fiza Halim
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Fiza dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Fiza Halim
Bagaimanapun, terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan Fiza yang dikategorikan sebagai seorang yang mampu tetapi tidak mendapatkan khidmat doktor perempuan.
Kenapa tidak menggunakan perkhidmatan doktor perempuan?
Foto: Instagram Fiza Halim
Apa pun, pasti Fiza mempunyai alasannya yang tersendiri dan tidak mustahil Fiza menggunakan khidmat doktor tersebut kerana sudah selesa dan doktor tersebut sudah mempunyai rekod perubatan Fiza. -CARI |