Isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan menyelar pihak berkuasa yang didakwanya tidak telus dalam menyiasat kes kematian suaminya.
Kredit foto: Asia Venturepedia
Samirah Muzaffar mendakwa, keluarganya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkembangan siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Memetik mStar Online, Samirah masih menunggu maklumat berhubung beberapa barangan peribadi suaminya yang hilang sejak kejadian.
Malah, menurutnya laporan yang didedahkan mengenai insiden itu juga tidak konsisten dengan laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Ogos.
Kredit foto: Astro AWANI
“Laporan itu menyatakan bahawa Nazrin mengalami kecederaan yang menembusi bahagian kiri belakang kepala dan luka itu dikaitkan dengan kecederaan kepala yang teruk.
“Laporan post-mortem tidak menyatakan wujudnya kesan petrol di bahagian kepala atau mana-mana bahagian badan suami saya,” katanya.
Kes kematian Nazrin pada 14 Jun yang dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos.
Kredit foto: BH Online
"Sebagaimana orang ramai tahu, suami saya hidup dengan penuh integriti, jujur dan profesional. Saya mahu siasatan yang mengikut standard etika dan telus," tegasnya. - CARI |