"Hai, pergi 'oversea' boleh, hutang RM1,870 pun tak bayar?, kesian kawan."
Biarpun tidak terkenal seperti pelakon lain, Sherzod Yusuf yang juga model popular tiba-tiba menjadi bualan di media sosial dek pendedahan seorang netizen mengenai hutangnya berjumlah RM1,870.
Syafikah yang juga kenalan lama Sherzod mendakwa artis tersebut menggunakan kad pengenalannya bagi mendaftar talian Unifi untuk rumahnya. Sejak tahun 2016 rupa-rupanya Sherzod tidak lagi membayar bil hingga menyebabkan ia melambung hingga jumlah tersebut. Ini membuatkan netizen tersebut marah.
Kredit foto: Twitter
Menurut Syafikah, pelbagai cara telah dilakukan supaya Sherzod membayar tunggakan tersebut seperti panggilan telefon, mesej dan media sosial, namun semuanya telah disekat oleh Sherzod.
Kredit foto: Google
Bagi Syafikah, dia hanya meminta keadilan kerana namanya kini berada dalam senarai Ctos hingga menyusahkan dirinya. Jadi, bukan niatnya membuka aib rakannya sendiri. Ini kerana luahan menerusi media sosial adalah langkah terakhir setelah pelbagai akses telah disekat.
Kredit foto: Google
Netizen lain turut bersimpati dengan nasib Syafikah yang terpaksa menanggung beban tersebut.
Kredit foto:
Anehnya pula, Sherzod turut menulis di ruangan komen berkenaan meminta dana bagi membayar hutang rakannya itu. Eh! memerli atau ada udang di sebalik mee?
Hingga ada netizen yang mencadangkan supaya memaklumkan kepada abangnya yang juga pelakon Daler Yusuf. Tetapi betul ke mereka adik beradik?
Ketika berlakon bersama-sama
Walau apapun, hutang tetap hutang. Menjadi tanggung jawab mereka yang berhutang melangsaikannya sekaligus tidak menyusahkan mana-mana pihak. Semoga Syafikah mendapat keadilan yang sewajarnya. - CARI
|