CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6934|Reply: 8

Enaknya Kelapa Bakar Dan Lokan Panggang Di Salut Tuaran!

[Copy link]
Post time 15-8-2018 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun tidak ada sebarang kajian saintifik untuk menyokong dakwaan mereka, penjual kelapa bakar di Jalan Sulaman,berdekatan Kg. Salut, Tuaran menyatakan sajian kelapa bakar ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.



Kredit Foto: Sabah Eats




Kelapa bakar dikatakan dapat meningkatkan daya tahan tubuh, rawatan masuk angin, membantu menurunkan paras gula dalam pesakit diabetes, membantu melawaskan batu karang, dan berkhasiat untuk ibu-ibu yang mengandung atau ingin mengandung.



Kredit Foto: Blog Jess Kitchen Lab




Pengunjung boleh menikmati kesegaran kelapa muda, puding mahupun kelapa bakar, tiga menu yang paling mendapat sambutan.



Kredit Foto: Berita Harian




Selain kelapa bakar, pengunjung juga boleh menikmati lokan panggang yang disediakan secara tradisi, iaitu dipanggang di atas kepingan zink dan menggunakan kayu api.


Uniknya hampir setiap gerai di sepanjang jalan ini mempunyai resipi sambal masing-masing.



Kredit Foto: BorneoEscape





Bagi kelapa muda segar, harganya dijual sekitar RM3 sebiji dan manakala kelapa bakar dijual pada harga RM4 sebiji.


Lokan pula dijual pada harga RM7 selonggok (saiz kecil), RM10-12 (sederhana) dan RM15 (besar).



Kredit Foto: Berita Harian




Jadi jangan lupa berkunjung ke gerai Jalan Sulaman ketika berkunjung ke Negeri di Bawah Bayu! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah makan. Best.
Tapi ada ceri beri skit. Sikit ajelah. Bergantung kpd perut korang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka makan sana,sos cicah sedapp. Puding kelapa pun sedap,siap borong lagi sebab tamakk.{:good
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh.. fav lokan panggang kat sini masa belajar dulu... sedap sgt... harga pun maintain sama... kelapa bakar x kena sgt dgn tekak ai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:50 AM | Show all posts
trgat pudding kelapa dia
dah la bulan lepas panas giler
mmg sedap la duk menelan
tp I lg prefer mentarang maybe sbb sos cicah kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:31 AM | Show all posts
I tak pernah makan.. tapi nampak mcm menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 02:50 PM | Show all posts
sedap.. aritu pergi tangkak  beli lokan, then buat sendri kat rumah... .. bakar dapur gas takde lah bau sabut.. klu makan kat sabah arama sabut tu buat lokan tu lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 12:58 PM | Show all posts
Camne eh taste kepala bakar..jauhnya kat Tuaran nun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 01:33 AM | Show all posts
pernah rasa..sedapnya..teringat2... ada jelly kelapa sejuk jugak kat situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048138 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list