CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5358|Reply: 20

Tiga Bulan Ameng Spring Diganggu Suara Ghaib

[Copy link]
Post time 15-8-2018 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Ameng Spring yang pernah menjadi hamba dadah mengakui kerosakan hidup yang dialaminya dan keluarga sehingga semuanya menjadi huru-hara.


Pengaruh rakannya menjadi punca Ameng terjebak dengan kemelut dadah tambahan pula dia diberikan secara percuma pada ketika itu untuk mencuba ganja.

  



Namun kehebatan ganja yang memberikan dirinya tenaga lebih ternyata hanya sementara sahaja. Dia mula megalami ketagihan akibat sifat mahu mencuba tersebut hingga memudaratkan diri.


"Saya tidak nafikan ketika mengambil dadah rasanya sangat bertenaga sehinggakan saya mampu menyanyi dalam tempoh yang lama.


"Saya juga akui semasa menjadi mangsa dadah, kehidupan kucar-kacir. Saya tiga kali bankrap dan duit royalti hasil nyanyian juga entah ke mana,"katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri 69 bertajuk: Dadah: ???Aku Peduli Kau Jangan Tidak Peduli.


Foto: IG Ameng Spring


Selain itu terdapat satu kejadian yang berlaku dalam hidupnya selama tiga bulan dimana dirinya diganggu oleh suara ghaib.


"Selama tiga bulan saya diganggu suara ghaib dan Allah S.W.T buka hijab saya untuk melihat dunia ghaib.

"Isteri saya juga takut untuk tidur bersama saya bimbang jika saya terjaga saya akan menikamnya.

  



"Saya sungguh beruntung kerana suara ghaib itu tidak menyuruh saya melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti menyuruh saya membunuh. Suara itu seolah-olah memberi keinsafan kepada saya," katanya pada jemputan yang hadir di wacana tersebut.


Suara ghaib itu tidak berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Dia semakin hari semakin tidak boleh berpisah dengan ketagihan dadahnya.


Ramai artis kita yang terlibat dadah. Janganlah ada perasaan mahu mencuba pada benda yang salah. Cari kawan yang betul bukan pemusnah hidup. Moga kisah mereka dijadikan pengajaran. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja bahrin buat apa kt karangkraf? Iols xleh husnuzon bila tgk muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:58 PM | Show all posts
semoga Ameng tidak mengulangi kesilapan lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah bersenam tu. Elok tambah stamina
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jatuh bangun isterinya tetap bersama yaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 09:09 AM | Show all posts
semoga Ameng kuat utk hadapi dugaan hidup..jgn ulang kesilapan dulu,.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya dari fan jadi bini
Walaupun ameng buat silap dulu, bini stay bersama

Tapi kalau berubah macam ameng ni layaklah stay
Kalau masih tak insap2, patut tinggal biar mereput dalam longkang
Semoga istiqomah ye ameng demi anak dan isteri yang sayangkan anda
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 09:37 AM | Show all posts
kurus dah ameng

mmg bertuah dia ada wife yg sgt setia & kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 09:39 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-8-2018 06:26 PM
Raja bahrin buat apa kt karangkraf? Iols xleh husnuzon bila tgk muka dia.

haha..sama la aku pun

dia dgn noryn dah cerai ke blom


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:45 AM | Show all posts
dah haluuusss la tu
bagus la dah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-8-2018 06:26 PM
Raja bahrin buat apa kt karangkraf? Iols xleh husnuzon bila tgk muka dia.

Cari retis baharu buat bini? Heshe dah cerai ke dengan retis sendu itu??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara ghaib tu sebab ambil dadah...husilinasi Ker. Happy for him..semoga pengalaman  dia dapat beri inspirasi pada masyrakat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:39 AM | Show all posts
kt masjid klcc dia ada sharekan pengalaman dia masuk penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:48 AM | Show all posts
suara ghaib = auditory hallucination (antara symptoms of psychosis) disebabkan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:53 AM | Show all posts
moga istoqomah.. baguslah wife dia pantau.. dia pun duk melaka umah mil kan.. dia kata risau nk duk KL.. takut kena cari balik.. ms tgk dlm hlive inspirasi ke apa yg dahlia host tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
moga istiqomah nak berubah ni, kalau dia kenang perit duduk penjara mesti taknak dah ulang benda tu

bagus betul wife dia setia sampai skrg, tak dpt bayang mcmana ada jgk org hadap nak ke drug addict seram nya bila berhalusinasi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 01:06 PM | Show all posts
kaki batu kan.. setakat suara ghaib tu biasa la.. bukan takat suara ja.. siap nampak tuhan pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dlm cita pekak...

Lakonan amani n i x tau nama laki tu...

Malu ckit tgk cite tu..kne rogol sume..tp mmg sarat dgn pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ameng tidak mengulangi kesalahan lalu.. Hargai isteri anda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.068160 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list