View: 9204|Reply: 58
|
"Saya Disuruh Masak Atas Alasan Saya Perempuan" - Habis Lelaki Buat Ap
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
Zaman dahulu, wanita sering dikaitkan dengan dapur. Sejak kecil lagi, ibu bapa akan mendidik anak-anak perempuan mereka menolong ibu mereka di dapur kerana apabila sudah besar dan berkahwin, mereka perlu mahir dan pandai memasak. Bagi ibu bapa,ia amat memalukan jika anak perempuan mereka tidak pandai memasak.
Tetapi bukan bermakna lelaki tidak boleh masuk ke dapur untuk membantu ibu dan isteri mereka. Jika wanita mampu melakukan tugas seorang lelaki di rumah, maka seorang lelaki juga perlu melakukan tugas wanita di rumah. Ramai yang tahu beban seorang wanita yang bekerjaya dan menjadi ibu adalah berat untuk dipikul. Jadi, apa salahnya jika anak lelaki atau suami turut membantu kerja-kerja di dapur dan pandai memasak.
Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang abangnya yang menyuruh dia menggoreng sosej dan kentang untuknya atas alasan dia seorang perempuan. Jika diikutkan, bukannya susah pun menggoreng sosej dan kentang. Betul tak?
Kerja rumah dan memasak ni kerja perempuan saja ke?
Netizen wanita rata-rata tidak suka dengan sikap abang wanita ini kerana menganggap kerja-kerja di dapur wajib dilakukan oleh orang perempuan sahaja. Malah ada netizen lelaki yang menyokong tindakan abang wanita ini dan ia menyebabkan netizen wanita menjadi semakin bengang.
Dah la orang masak, lepas makan tinggal je
Hakikatnya, ramai wanita yang rajin masuk ke dapur untuk menyediakan makanan dan membuat kerja-kerja rumah tetapi apa salahnya jika orang lelaki turut membantu mengemas selepas makan. Sekurang-kurangnya kurangnya dapat meringankan kerja dan kepenatan mengurus makan dan pakai mereka sekeluarga. Ini tidak, sudahlah ibu, isteri atau adik beradik perempuan yang masak, ditinggal pula sisa makanan dan pinggan kotor di atas meja.
Ingat wanita ni kuli ke?
Apa maknanya jika wanita sudah menganggap mereka sebagai kuli? Mungkin kepenatan mereka sudah tidak tertanggung kerana terpaksa melakukan tugas di rumah seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tetapi, bagi seorang lelaki, besar ganjaran yang diperoleh oleh seorang wanita lebih-lebih lagi yang bergelar isteri kerana menyediakan segala makan minum dan pakaian suami.
Sekadar usikan dan mengeratkan hubungan
Ada netizen yang tidak menganggap suruhan abang wanita ini sebagai sesuatu yang serius tetapi sekadar untuk mengeratkan hubungan mereka adik-beradik. Apa salahnya adik menolong abang. Lagipun, sikap abang yang suka mengusik atau membuli adiknya boleh membuatkan hubungan mereka lebih mesra.
Zaman sekarang, ramai lelaki yang menjadi chef dan tukang masak. Jadi, bukan alasan bagi orang lelaki untuk tidak belajar memasak dan menganggap hanya wanita sahaja yang perlu masuk ke dapur dan menyediakan makanan. Tetapi jika sekali sekala abang nak bermanja dengan adiknya tu apa salahnya. Setuju tak? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
"awak igt sy tak pi ke dapur ke"?-chef 1. |
|
|
|
|
|
|
|
abg nk bermanja dgn adik le tu..
ank teruna aku ok jerk duk ceruk dapur memasak
kalau dia cuti sem pjang tu..mmg dia suka memasak
ank prempuan aku lak yg duk dlm bilik x keluar2
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia silap ni bukan report kat polis, patutnya salahkan maknya sendiri sebab tak biasakan anak jantannya masuk dapur belajar masak yang ringkas2. Sesetengah keluarga ada yang sebegitu anak perempuan dikulikan anak jantan dirajakan. Bila dah dewasa cam ni ler jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hello polis apa, hello mak, tolong jangan manjakan sangat anak-anak jantan dari kecik sampai besar asyik nak kulikan perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
kau lah salah.. kau nak masak, masak je lah, kalau tak nak, ko rasa lelaki pun patut buat, say it up la to your brother..
ni, dah masak pastu bebel2 tak puas ati semua..mende la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali sekala nampak manis la,, kalau dah asyik suruh jaaaa memang bibik nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
hal remeh pun nak twit..
mak2 dulu masak hari2 takde pulak
merempan kat jiran tetangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
pandangan lelaki ttg ppuan msti pandai masak bla2..lps tu bila masak x sedap msti lelaki dgn eksen bckp aku masak lg pandai lg sedap..tp heran kan klu hebat sgt knp srh ppuan masak ??ohh sbb dia ppuan hehe..lelaki mcm ni bkn ja sbb ego tinggi tp bodoh sombong..korang lelaki jgn terasa ya..x smua tp kebanyakan mcm tu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya anak lelaki chuols. alhamdulillah, bagus didikan chuols maksudnya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Suruh je la abang sheols beli air fryer. Setakat nak makan fries ke nuggets ke, campak je. Tunggu 6 minit. Siap. |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah suruh pun..tp dgn sendiri jerk dia suka buat
kalau ikutkan mmg manjakan dia sbb itu la satu2 nya ank teruna
tp da dia rajin buat apa yg dia nk makan, biar je laa...
kebetulan time puasa tu ari dia cuti sem, sebulan dia masak sendri utk sahur..
dia yg nak..dia pulak tido lmbat.. tengok bola..
mcam aku mak yg kejam pulak kannn..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha! takpe, melatih lah tu konsepnya. esok senang kot2 menantu chuols berpantang ke ape kan, senang anak teruna boleh berdikari
|
|
|
|
|
|
|
|
Abg2 aku akan makan kat kedai kalau kakak2 ipar aku malas masak. Tak pernah complain pun sebab sama2 penat kerja kan. Mak aku pulak yang lebih2 |
|
|
|
|
|
|
|
bukan abg je..kakak pon same..suke suruh itu ini.iol kadang2 geram ..huhuhu.
done membawang pasal kakak iol..ampun dipinte
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dia suruh adik...
boleh la 2-3 disuruh kalu lepas tu disuruh mau dia siram abg dia ngan minyak panas..
kalu mak plak...mak rajin layan kan anak jantan dia...selalunye mak syg lebih pd anak jantan...
tp sbb syg mak la dia org jd jantan tak guna...
nanti bile berbina....dok terkangkang je dpn tv lain semua bini buat....
lepas tu salahkan pempuan tak nak buat keje rumah....
dedua keje dedua sama penat....tp dia org penat lebih...pempuan samb. lg keje kat umah lak....
abis tabah la bini tu ngan laki yg hidup goyang telur je ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tak kira abang ke kakak ke, selagi namanya adik memang selalu jadi kuli hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak perempuan indo muka cam sinetron tu rajin masak x?
sebab sini baru mintak tolong masak ja dah melantun lantun dah.
aku pun beli ja fries ngan hotdog tu balik rumah mesti suruh adik aku masak. masak sendiri kurang feel.hangit la terlebih garing la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|