Buat yang pernah menonton filem Avatar, sudah pasti anda masih ingat dengan latar belakang filem yang begitu penuh dengan cahaya yang berwarna-warni tidak kira pokok, haiwan dan lain-lain lagi karakter di dalam filem ini yang penuh dengan warna-warni.
Foto: Travelingyuk.com
Namun kini, anda berpeluang merasai secara nyata cahaya-cahaya yang berwarna-warni itu dengan di Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple. Taman yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar.
Foto: Travelingyuk.com
Menarik di Avatar Secret Garden
Sangat Cantik Di Malam Hari
Foto: Travelingyuk.com
Foto: Twitter @isskndarAriffin
Anda disarankan untuk datang sini pada waktu malam. Kerana pada waktu malamlah kecantikan warna-warna taman ini terserlah. Kalau waktu siang anda tidak akan dapat melihat keindahan taman ini. Mungkin anda boleh bersantai bersama rakan atau keluarga pada waktu malam dan merasai sendiri suasana avatar yang sudah pasti tiada di tempat lain.
Lokasi Yang Strategik
Foto: Twitter @isskndarAriffin
Taman ini terletak Tanjung Tokong dan amat mudah untuk datang ke sini. Hal ini kerana banyak kenderaan awam khasnya bas yang telah disediakan. Anda boleh menaiki bua dari Geroge Town ke arah Batu Feringghi. Selain kenderaan awam, naik kenderaan sendiri pun boleh juga.
Masih Percuma!
Foto: Twitter @isskndarAriffin
Foto: Twitter @isskndarAriffin
Sebenarnya tak ramai lagi tahu dengan kewujudan taman ini. Sebab tu buat masa ini tiada sebarang cas yang dikenakan untuk memasuki taman ini. Jadi, Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara tiket masuk masih percuma. - CARI