"Siapa pernah rasa dikhianati kerana pasangannya curang? Orang yang curang akan mendapat kifarah, hebat bukan??
Oops, kepada siapa Jasmin Hamid tujukan kata-kata pedas itu?
Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram pelakon itu, Jasmin memuat naik sebuah entri mengenai kecurangan.
Curang ni masalah hati, bukan gender
Menurut Jasmin, seseorang cenderung bersikap curang apabila hatinya tidak mengenal erti syukur dengan jodoh Allah.
"Tak suka, lepaskan saja," katanya.
Kredit foto: IG Jasmin Hamid
Katanya, tidak perlu menuding jari bila berlaku kecurangan kerana ia adalah masalah hati, bukan jantina menentukan kecurangan seseorang.
"Begitu juga dengan kesetiaan yang dimiliki jiwa, bukan jantina," tulisnya.
Persoalannya, siapa yang curang dan dikhianati itu? - CARI |