CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5901|Reply: 7

Mimpi Ngeri Hilang Passport Di Negara Orang, Ini Yang Anda Perlu Buat

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: Daily Express





Salah satu mimpi ngeri ketika berjalan ke luar negara ialah kehilangan passport. Penulis pernah mengalaminya ketika backpacking secara solo ke Luang Prabang, Laos.


Ketika menginap di sebuah hostel, seorang pengembara daripada England telah mengalihkan dokumen penulis dari dalam locker kerana kebetulan loker yang disediakan oleh pihak hostel boleh dibuka oleh kunci yang berbeza. Terus hilang mood untuk meneruskan perjalanan. Tanpa passport, anda tidak mungkin dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.




Kredit Foto: jozuforwomen.com





Ini perkara yang perlu anda buat SEBELUM dan SELEPAS hilang passport. Persediaan SEBELUM hilang passport? Apa maksudnya? Sebenarnya persediaan SEBELUM perjalanan tidak kurang pentingnya. Kerana jika anda telah membuat persediaan awal, kehilangan passport bukanlah masalah besar yang tidak boleh diselesaikan. Di sini penulis ingin berkongsi  5 perkara yang anda perlu buat  SEBELUM hilang Passport;


1. Pastikan anda ada kit salinan dokumen peribadi. Antaranya; gambar berukuran passport (1), salinan passport (1), salinan kad pengenalan (1), salinan surat beranak (1), salinan lesen memandu (1) dan salinan tiket penerbangan (1) serta sedikit wang kecemasan. Simpan dalam ruangan beg yang tidak mudah tercicir.




Kredit Foto: Caribee




2. Simpan satu salinan softcopy untuk semua dokumen di atas  dalam email. Pastikan folder ditandakan supaya senang anda mencarinya nanti. Mana tahu beg anda juga hilang jadi anda boleh login dan cetak salinan tambahan.


3. Pastikan anda tahu alamat Kedutaan terdekat. Print map kerana anda mungkin kehilangan telefon pintar juga, jadi mudah mencari tanpa GPS atau memberitahu arah kepada pemandu teksi.


4. Satu tabiat yang boleh diamalkan ialah mengambil foto stamp / cop imigresen ketika ketibaan dan simpan dalam email. Ini kerana apabila anda membuat passport baru di kedutaan, anda perlu menerangkan kepada pegawai imigresen kenapa passport anda kosong ketika anda berangkat pulang nanti.



Kredit Foto: Colourbox





5. Pastikan juga kad ATM/debit/kredit anda diaktifkan untuk pengeluaran / penggunaan duit ketika kecemasan. Proses membuat passport baru mungkin lebih daripada sehari sekiranya kedutaan bercuti hujung minggu, dan anda mungkin perlu membeli tiket baru atau mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Jika kad anda aktif, mudah bagi ahli keluarga untuk mengirimkan duit kepada anda.





Sekarang, apa pula yang perlu anda buat SELEPAS hilang passport? Jangan panik, dan yang penting jangan bergaduh dengan backpacker lain yang hilangkan dokumen anda. Nanti tak pasal-pasal bertambah masalah kerana kes memukul orang.  Ini 4 perkara yang perlu anda buat;



1. Lapor kepada penginapan anda. Mungkin anda sekadar tercicir dan ada yang terjumpa (housekeeper) dan menyerahkanya ke kaunter pendaftaran (lost and found).


2.  Minta bantuan untuk ke balai polis terdekat bagi membuat laporan polis. Buat secepat mungkin untuk mengelakkan passport anda digunakan oleh orang lain. Untuk makluman, passport Malaysia laris di pasaran gelap memandangkan wajah warga Malaysia yang berbilang kaum boleh dipakai oleh penyeludup atau penjenayah negara lain untuk menyamar dengan mudah.




Kredit Foto: Backpackways.com




3. Bawa salinan laporan polis ke kedutaan Malaysia terdekat. Di sinilah pentingnya kit keselamatan yang anda sediakan SEBELUM berlepas. Dengan kit keselamatan, anda akan dapat membuktikan pertanyaan Kedutaan mengenai: status kewarganegaraan anda, tujuan, tarikh dijangka pulang dan sebagainya.




Kredit Foto: ww.utm.my




4.  Isikan borang permohonan yang terdapat di kaunter Kedutaan untuk memohon Sijil Passport Sementara. Ada bayaran minimum. Passport akan siap dalam masa kurang sehari. Sijil Passport Sementara (perakuan cemas) hanya layak digunakan sekali perjalanan untuk kembali ke Malaysia (sehala).




Kredit Foto: kaki.sini.com.my




Jadi beringatlah sebelum kena kerana malang tidak berbau. Semoga pengalaman ngeri penulis tidak terjadi kepada anda! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips terbaik!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tips ni. Tak pernah snap gambar cop masa arrival tu. Cuma kalau Australia mmg fully electronic, takde arrival or departure stamps pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:37 PM | Show all posts
Good info TT terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 11:54 AM | Show all posts
Info berguna buat mereka yang baru berjinak dengan hobi travel.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tips nih
Kwn ai pernah hilangkan kad putih masa jenjalan g bangkok baru nih..da kt airport nk balik baru sedar bnde tu xde..nk kencing terberak suma rasa lah.. X dpt byg klo passport yg hilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2018 01:34 PM | Show all posts
rukia2 replied at 20-8-2018 12:58 AM
Bagus tips nih
Kwn ai pernah hilangkan kad putih masa jenjalan g bangkok baru nih..da kt ai ...

hehhhehhhehheeheh                    buat bodoh ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 04:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045833 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list