CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Tempatan] Dua kes tipu berasingan, babit kerugian RM79,360

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:31 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Seorang peneroka di Felda Jengka, Maran berputih mata apabila kerugian RM68,000 selepas terpedaya dengan panggilan palsu daripada pihak yang menyamar sebagai anggota polis, mendakwa dirinya mempunyai pinjaman dengan sebuah bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada Rabu minggu lepas, mangsa,70, dilaporkan menerima panggilan itu yang mendakwanya berhutang pinjaman RM70,000 dengan sebuah bank selain turut dikaitkan kes jenayah.

“Mangsa yang menafikan perkara itu kemudian diminta memindahkan wang daripada akaunnya ke akaun yang diberikan sebagai jaminan kes itu kini dibawa ke mahkamah.

“Mangsa yang terus terpedaya dengan pembohongan itu telah melakukan beberapa transaksi pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek melibatkan jumlah keseluruhan RM68,000 dengan pemindahan terakhir dilakukan semalam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.      

Katanya mangsa mula curi apabila suspek berterusan menghubungi mangsa bagi meminta wang tambahan sebelum bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam.

Dalam kes berasingan akibat teruja apabila dimaklumkan menerima hadiah cabutan bertuah dari China, seorang lelaki berusia 49 tahun menanggung kerugian sebanyak RM11,360 dalam kejadian yang berlaku di Temerloh semalam.

Mohd Wazir berkata, mangsa telah dihubungi daripada nombor telefon yang tidak dikenali dari luar negara memaklumkan memenangi sejumlah wang tunai, namun beliau perlu membayar khidmat pengeluaran bungkusan itu terlebih dahulu yang telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian diugut akan ditangkap jika enggan membuat bayaran berkenaan kepada dua akaun yang diberikan. Mangsa yang ketakutan kemudian telah membuat tiga transaksi bayaran sebelum mengesyaki ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Temerloh semalam,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060751 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list