CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 1

[Tempatan] Helikopter untuk cikgu

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:44 PM | Show all posts |Read mode



TANAH MERAH - Teruja! Itulah pengalaman pertama dirasai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 yang dibawa menaiki  helikopter bagi meraikan majlis persaraannya.

Ia merupakan inisiatif sebuah syarikat korporat dan pemiliknya juga merupakan bekas pelajar dan sahabat pengetua sekolah tersebut.

Bagi mencipta kelainan, Kamarudin Ramli, 60, diraikan dengan cara terbabit, dan dengan cara itu juga diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar di sekolah terbabit dalam pembelajaran.

Kamarudin berkata, suasana seumpama ini jarang berlaku dan ia turut memberi manfaat besar kepada pelajar sekolah ini untuk terus bercita-cita tinggi dalam akademik danapa juga bidang yang diceburi selepas tamat sekolah kelak.

"Walaupun majlis ini dilihat sebagai meraikan individu, namun ianya turut memberikan sumbangan besar kepada guru sekolah untuk terus mendidik pelajar  bagi melahirkan golongan yang berjaya dalam apa juga bidang selepas pelajar menamatkan pendidikan.

"Terima kasih kerana raikan pesaraan saya dengan inisiatif ini kerana ia jarang-jarang berlaku dan lebih bangga helikopter ini dimiliki sahabat dan bekas pelajar sekolah ini, " katanya ketika ditemui pada Majlis Sanjungan Budi Persaraan pengetua sekolah itu.

Kamarudin memulakan tugas di sekolah terbabit sejak tiga tahun lalu dan bersara wajib hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Redland Aviation Services, Datuk Ismail Hassan berkata, majlis itu merupakan platform pihaknya untuk membantu sekolah terbabit bagi meningkatkan motivasi pelajar.

"Secara kebetulan pengetua sekolah ini merupakan sahabat baik saya ketika menuntut di universiti dulu dan peluang ini saya gunakan melalui syarikat untuk meraikan dan membantu pihak sekolah bagi meningkat prestasi pembelajaran pelajar," katanya.

Ismail berkata, dalam suasana untuk meraikan pengetua itu, pihaknya mahu program tersebut memberikan manfaat kepada pelajar supaya  meletak cita-cita tinggi dalam kehidupan.

"Helikopter ini adalah hasil daripada usaha keras saya dan berkat didikan guru,  jadi saya mahu pelajar selepas ini mempunyai keazaman untuk mencapai kejayaan nanti.

"Kalau dulu saya datang sekolah ini dengan basikal namun hari ini saya datang dengan helikopter dan mahu pelajar sekolah ini pada suatu hari lebih berjaya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 04:17 PM | Show all posts
macam2 style majlis persaraan sekarang..
yang naik Ferrari pun ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list