CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Tempatan] Buruh didakwa lindungi 'Pok Ngoh Roni'

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:48 PM | Show all posts |Read mode




RANTAU PANJANG - Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas tuduhan menyembunyikan keterangan mengenai kejadian penguasa Kastam dicederakan dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian, 7 Oktober 2016 lalu.

Tertuduh, Mohamad Harkam Mustafa, 27 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff.

Mengikut pertuduhan, tertuduh disedari menyembunyikan keterangan dengan niat melindungi 'Pok Ngoh Roni' daripada hukuman undang-undang.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Kelantan, Ainun Zafirah Abd Halim dan mahkamah menetapkan 5 September untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pada Oktober 2016 lalu, seorang pegawai Kastam wanita maut selepas kenderaan rasmi yang dinaiki dilanggar pacuan empat roda dipercayai tonto.

Anisah Ali, 54, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, pada jam 11 malam selepas parah akibat kemalangan di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, jam 1.25 pagi.

Ketika itu, mangsa bersama dua lagi anggota lelaki menaiki kereta dan mengejar kenderaan pacuan empat roda dipercayai penyeludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list