CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 9

[Tempatan] Majlis Penasihat Kerajaan gagal beri nasihat berguna

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:50 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 16 Ogos - Khidmat Majlis Penasihat Kerajaan sepatutnya ditamatkan kerana gagal memberi nasihat berguna kepada kerajaan dalam membangunkan negara.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sebaliknya majlis tersebut hanya memberikan cadangan untuk menjadikan sandiwara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih menyakinkan.

“Antara sandiwara yang dicipta adalah bahawa indeks petunjuk ekonomi kerajaan terdahulu palsu. Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.9% dikatakan tidak benar.

“Bukan itu sahaja, sandiwara lain kononnya hutang yang dibuat kerajaan terdahulu melebihi RM1 trilion,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus mempertahankan fungsi dan peranan Majlis Penasihat Kerajaan dalam membantu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinannya.

Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas merasmikan hospital pakar swasta Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) hari ini berkata, 
Majlis Penasihat Kerajaan masih diperlukan untuk membantu dalam melicinkan pentadbiran negara.

Dr. Mahathir ketika mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan itu pada 12 Mei lalu berkata, tempoh jangka masa kewujudan majlis ini adalah 100 hari sahaja.

Lokman berkata, kewujudan Majlis Penasihat Kerajaan lebih berbentuk untuk memberikan alasan yang kukuh kenapa PH tidak mampu menunaikan janji-janji manifesto yang telah mereka tabur.

“Kewujudan melanjutkan tempoh khidmat majlis tersebut hanyalah membantu Dr. Mahathir mengenal pasti peluang-peluang yang boleh dicipta bagi anak dan kroni-kroni beliau sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 30284#ixzz5OKEhzDH4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 04:10 PM | Show all posts


Atok guna kuasa ikut celah mana boleh lantik
suka2 hati?

Skop bidang tak tahu hujung pangkal

tak mematuhi perlembagaan, ikut pintu belakang

apa ceghita atok oii..?

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:36 PM | Show all posts
dizekni replied at 16-8-2018 04:10 PM
Atok guna kuasa ikut celah mana boleh lantik
suka2 hati?

muka sekoq2 tak dak yang bersih langsung...wakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:41 PM | Show all posts
jomo tu elok je dah masuk opis dia kat khazanah research tu..muka serabut
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:43 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 16-8-2018 04:36 PM
muka sekoq2 tak dak yang bersih langsung...wakakakakakkakakaka

bersih cekap amanah

kata atok la

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:46 PM | Show all posts
jlo replied at 16-8-2018 04:41 PM
jomo tu elok je dah masuk opis dia kat khazanah research tu..muka serabut

jomo dah join KRIS ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lokman mamak sampah yg kalah tempoh hari kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe yg penting bn kalah, cacai meroyan smpai mampos. Aku suka aku suka sangat!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandi tu elok je umngok ikut nasihat
Sudahnye bungkus
Cermin dulu hanat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:54 PM | Show all posts
ingatkan sape yg komen. Rupanye si tembun lokman adam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.308439 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list