View: 1237|Reply: 10
|
[Tempatan]
Maut terkena tayar terpelanting
[Copy link]
|
|
BAGAN - Seorang wanita maut apabila tayar sebuah lori kontena yang tercabut terpelanting ke arah motosikal yang dibonceng bersama suaminya dalam kejadian di jalan berhampiran Tol Sungai Nyior, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa, S Karbagan berusia lingkungan 49 tahun itu menaiki motosikal bersama suaminya itu dari arah sama dengan lori terbabit iaitu dari arah Seberang Jaya menghala ke arah Butterworth.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tayar bahagian belakang sebelah kiri lori kontena tersebut tercabut dan terkena kepada mangsa yang ketika itu sedang bergerak di tepi kiri jalan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, setakat ini kes masih dalam siasatan lanjut.
"Saksi kemalangan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk video...org tgh jalan kaki tiba2 tayar besar termelantun kena...kompom mati
video2 kematian yang tidak disangka rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
malang sungguh tak berbau..
nak salahkan lori pun tak boleh juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je saman syarikat logistik tu. kalau kes macam ni, saman je rm100 juta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. selalu nampak serpihan tayar lori terpelanting kat jalan, terdetik kt hati ada tak org terlanggar or terbabas sebab benda tu. kadang2 serpihan tu besar gila kot. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tol kes lori skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian... Takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. sebak pulak rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya suami tengok isteri meninggal depan mata tiba-tiba. Mana nak sangka, lalu sebelah lori tiba-tiba tayar tercabut. Takziah |
|
|
|
|
|
|
| |
|